[ close ]
Help Upgrade the Web: Download Firefox 3.5
 
Yuna – After Midnight

First time aku dengar lagu ni kan…aku tak sangka langsung yang nyanyi ni Yuna. Ingatkan lagu Inggeris dari luar.Memang world class lah lagu2 Yuna ni dan memang patutlah dia menang AJL tu hari walaupun takat no.2.Its okay,tu baru permulaan langkah dia sebagai artis kan.

Jom layan lagu ni…..

Category: Music & Film  2 Comments
Sifat Sombong Atau Takabbur

“Allah Ta’ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi.”

Sifat sombong atau takabbur ni tak dinafikan akan ada dalam diri setiap manusia. Toksah bohonglah kalau korang kata korang tak ada sifat ni. Cuma yang membezakannya mungkin besar atau tak rasa sombong kita ni terhadapa sesuatu perkara.

Aku bagi contoh yek..

Contoh 1

Adalah hamba Allah yang memang sembahyang tak tinggal ni berkata, “ermm cubalah tengok dia tu, sikit2 susah, sikit2 tak der duit,sikit2 nak minta kat orang.Macam mana tak jadi macam tu, Sembahyang tak mau. Kita ni kalau tinggal solat, ermmm hidup memang susah.”

Memang betul, bila lagi dekat diri kita dengan Allah maka lagi tenang hati kita ni. Solat memang wajib pada semua umat Islam. Tapi yang aku tak setujunya bila orang yang tak pernah tinggal sembahyang ni seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan orang yang susah. Dia tahu ke orang tu solat ke tak. Tak semestinya orang yang tak tinggal solat tak boleh susah.Ujian Allah ni datang pada semua orang.Tak kira lah kau solat ke kau tak solat ke,cuma bila kita sentiasa ingat Dia, walau susah macam mana pun hati kita tetap tenang. Kita solat ni kerana Allah,bukan kerana kita nak hidup senang. Jadi bila kita mengungkapkan kata kata seperti dalam contoh diatas, kita ni dah ada sifat takabbur dalam diri kita. Ibadat yang kita buat biarlah hanya Allah yang tahu,tak yah nak dijaja kat semua orang.Tu dah takabbur tuh…

Contoh 2

Adalah hamba Allah ni yang memang bersifat sederhana telah mengajak saudaranya untuk sama-sama mengerjakan solat.Saudaranya ni berkata “ermm tak perlah,pi lah dulu”. Hamba Allah ni masih terus mengajak untuk solat sama-sama dengan cara yang betul2 lembut. Tetapi saudaranya ni dengan sombong berkata”pergi jelah, awat yang sibuk sangat hal aku??”.

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan.” (Surah Al-Mu’min: 60).

Actually macam-macam orang sombong ni, macam dia lagi kaya lah…dia lagi berjawatan tinggi, dia lagi cantik dan banyak lagi.

Tak payahlah kita nak takabbur sebab kita ni insan yang amat kecil dan lemah. Hebat mana pun kita, kehebatan tu tak dibawa kemana2.Last2 semua akan mati jugak.

Ingatlah akan kata-kata ni….

“Barang siapa bertawaddhu’ kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah.”




Category: My views  3 Comments
Salam 2010

Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja di tahun yang baru iaitu 2010. Semalam dah macam-macam azam aku untuk tahun baru ni.Antaranya adalah nak datang awal,tak nak datang lambat tapi apa jadi???lambat juga akhirnya sebab pagi tadi hujan lebat dan memang syok tido dan disebabkan itu aku pun terlambat bangun.

Nasib baik hubby tak berniaga hari ni, jadi aku pun tak kasi chance dia untuk tido. Aku paksa dia hantar aku sebab kalau aku yang drive,sure lagi bertambah2 lambat sebab nak cari parking kat KLIA ni ambk masa kat 5 minute dan lepas tu nak jalan dari parking masuk opis dekat ngan 10 minit. Maknanya jumlah masa yang aku ambik untuk masuk opis dari parking dekat ngan 15 minute.

Dan disebabkan dengan kelambatan itu, AKU LUPA BAWA HANDPHONE!!!!!!!….jadi nak hupdate blog pun enggak bisa. Maka dengan itu aku pun buatlah karangan yang ayatnyer adalah tungging langgang ini.Oleh itu aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua.HAPPY NEW YEAR 2010.

Category: my story  6 Comments
KLIA Jungle BoardWalk

Dengan rasminya, retail optimization project (ROP) yang dibuat dekat KLIA ni dah pun siap. Last 2 weeks, ianya dah pun dirasmikan dan yang paling best sekarang kat KLIA ni dah ada jungle boardwalk tau. Maknanya,selain pusing2 untuk bershopping,korang pun boleh lepak kat tengah2 hutan sambil menghirup udara nyaman dan segar.

Sekarang ni pun, banyak sangat kedai2 untuk shopping dan tempat2 makan kat KLIA dan LCCT untuk korang bershopping. Oklah,tak nak citer pasal shopping tu semua, aku nak citer pasal jungle boardwalk ni.Dah 2 minggu buka tapi baru hri ni aku pergi…biasalahkan,sibuk.Minggu lepas,3 hari kat Langkawi buat kerja.

Jom layan few gambar yang aku ambik tadi,tapi sorrylah sebab gambar tak baper clear lah.DSC00120

(Ini pintu masuk dia)

DSC00124Siap ada air terjun lagi,dalam kolam ada ikan…tapi korang jangan lak terjun.

DSC00122

DSC00126(Setiap pokok ada label dan setiap label akan di citerkan kan papan ni, ini adalah nak bagi tau pokok ni nama apa semua…)

Jadi…kalau korang nak pergi terbang tu,sebelum terbang pergilah masuk hutan dulu na.

Category: General Info  3 Comments
Versace Bright Crystal

imagesKoranggg….aku first time bau perfume ni, terus jatuh cinta hah. Bau dia perghhh…memang lembut giler.Sesetengah perfume kena sembur dan lama sket baru dia naik wangi dia tu kan, tapi ini tak payah….dari mula sembur lagi bau dia dah menyengat sanubari aku.

Harga dia…aku tak pasti kalau dalam KLIA ni memang murah lagi atau kat luar tu murah. Hat aku tengok ni harga dia dalam RM240 untuk 50ml. Jadi sesapa yang tahu harga kat luar kalau murah dari dalam KLIA, please roger i okay.

Aku tengah aim nak beli hat yang ni…tapi bila eak???tunggu dapat bonus lah(tu pun kalau ada)….

Category: my story  One Comment
Kira Tarikh Lahir – Ada makna ke?

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Sumber : http://www.catzer.com/kira-tarikh-lahir-ada-makna-ke.html

Langkawi…Here I come

I’m in Langkawi now,without hubby disisi. Actually seronok gak without husband ni sebab leh berpoya2 kan, tapi bosan gak bila dia tak der.Ermmm…xper,ni kira dekat je dan cuma 3 hari je.Masa gi Zurich dulu lagi lama aku tinggalkan dia, relax jer member tu.

Aku datang sini bukan untuk melepak tau…tapi untuk bekerja.Tapi yang aku musykilnya,dari tadi aku sampai…keje asyik makan je.Keje yang betul2 tak buat2 lagi….Hahahaha….(Kalau bos aku baca blog ni…confirm mati aku dikerjakan)…
DSC00172Ni ngah sibuk ler konon….Actually..letih yang teramat. Semalam pukul 4 baru tido,flight td kul 12.00…Agak letih gak ler ni….malamni konfirm tido tak hengat.

Oklah, ni short update je….nanti i update lagi yer.

Category: vacation  One Comment
Travel agent story (Just for laugh)

Tadi dapat email, jadi nak share ler ngan semua orang kat sini… sesuai untuk releaskan tension setelah penat bekerja.
FOR A LAUGH, HAHAHA……

Why some people Should Never Be Allowed To Travel?

The following are actual stories provided by travel agents:

I had someone ask for an aisle seat so that her hair wouldn’t get messed up by being near the window.
————————
A client called in inquiring about a package to Hawaii. After going over all the cost info, she asked, “Would it be cheaper to fly to California and then take the train to Hawaii?”
—————————-

I got a call from a woman who wanted to go to Capetown. I started to explain the length of the flight and the passport information when she interrupted me with “I’m not trying to make you look stupid, but Capetown is in Massachusetts.

“Without trying to make her look like the stupid one, I calmly explained, “Capecod is in Massachusetts, Capetown is in Africa.”
Her response … click.
————————————

A man called, furious about a Florida package we did. I asked what was wrong with the vacation in Orlando. He said he was expecting an ocean-view room. I tried to explain that is not possible, since Orlando is in the middle of the state. He replied, “Don’t lie to me. I looked on the map and Florida is a very thin state.”
—————————————

I got a call from a man who asked, “Is it possible to see England from
Canada?” I said, “No.” He said “But they look so close on the map.”
————————————–

Another man called and asked if he could rent a car in Dallas. When I pulled up the reservation, I noticed he had a 1-hour lay over in Dallas.
When I asked him why he wanted to rent a car, he said, “I heard Dallas was a big airport, and I need a car to drive between the gates to save time.”
—————————————–

A nice lady just called. She needed to know how it was possible that her flight from Detroit left at 8:20am and got into Chicago at 8:33am. I tried to explain that Michigan was an hour ahead of llinois, but she could not understand the concept of time zones. Finally I told her the plane went very fast, and she bought that!!!
—————————————–

A woman called and asked, “Do airlines put your physical description on your bag so they know who’s luggage belongs to who?”

I said, “No, why do you ask?”

She replied, “Well, when I checked in with the airline, they put a tag on my luggage that said FAT, and I’m overweight, is there any connection?”

After putting her on hold for a minute while I “looked into it” (I was actually laughing) I came back and explained the city code for Fresno is FAT, and that the airline was just putting a destination tag on her luggage.
—————————————

I just got off the phone with a man who asked, “How do I know which plane to get on?” I asked him what exactly he meant, which he replied, “I was told my flight number is 823, but none of these darn planes have numbers on them.”
——————————————

A woman called and said, “I need to fly to Pepsi-cola on one of those
computer planes.” I asked if she meant to fly to Pensacola on a commuter plane. She said, “Yeah, whatever.”
——————————————-

A businessman called and had a question about the documents he needed in order to fly to China. After a lengthy discussion about passports, I reminded him he needed a visa. “Oh no I don’t, I’ve been to China many times and never had to have one of those.” I double checked and sure enough, his stay required a visa. When I told him this he said, “Look, I’ve been to China four times and every time they have accepted my American Express.”
———————————————

A woman called to make reservations, “I want to go from Chicago to Hippopotamus, New York”. The agent was at a loss for words. Finally, the agent: “Are you sure that’s the name of the town?”

“Yes, what flights do you have?” replied the customer. After some searching, the agent came back with, “I’m sorry, ma’am, I’ve looked up every airport code in the country and can’t find a Hippopotamus anywhere.”

The customer retorted, “Oh don’t be silly. Everyone knows where it is. Check your map!” The agent scoured a map of the state of New York and finally offered, “You don’t mean Buffalo, do you?”

“That’s it! I knew it was a big animal!!!

Category: lawak  2 Comments
Bila aku bukan lagi aku…

DSC00103Lately ni, I felt betul2 down.Buat apa2 pun semua serba tak kena.Aku rasakan seperti hidup aku ni seolah2 dah tak ada gunanya.Aku rasakan aku telah gagal untuk happykan semua orang yang ada kat sekeliling aku.Namun kekadang walau macam mana kecewa pun kita, terpaksa juga aku pretend to be happy kan.

Sebab itulah kebelakangan ni,aku jadi seolah2 dah tak der idea nak cakap dan aku lebih banyak diam.Nak ketawa pun macam susah sangat.I dont like this feeling, kalau boleh aku nak kluar dari perasaan ini.Aku nak happy balik macam selalu,macam dulu-dulu.Mungkin aku dah hilang banyak kawan kat opis ni.Masing-masing dah tukar department lah,tukar airport lah.Kalau dulu,ada jugalah tempat untuk aku meluahkan perasaan,bergurau senda,dan melepaskan perasaan bila tensen.

Tapi sekarang semua tu dah tak ada lagi,aku keseorangan kat opis ni.Dah tak ada tempat untuk aku bergurau senda,lepaskan tensen dan macam2 lagi.Bila balik umah,aku tetap keseorangan kat umah sebab hubby pun agak sibuk ngan keje dia kebelakangan ni.

Please…I want my life back.I want me back.I want to be happy back……………

Category: Luahan hati  8 Comments
10 Protokol Yahudi… Seminit untuk beringat..

Seminit untuk kita beringat…
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa….

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara….

1.. Song….
Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela… Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah….tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa….. berjaya sudah Yahudi…. Hingga kita terfikir…… bagaimana jadi nya radio kalau tanpa lagu?

2.. ….Sex…..
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan…babak sex amat lumrah… kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex…. filem 18SX amat laris berbanding filem U… VCD lucah mudah didapati…dan harganya amat murah… Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah……

3. …Smoke….
Rokok..menjadi kegilaan para remaja…. sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok… malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar ‘up to date’..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja…. ataupun penari
kabaret…..( aku tengok dari filem P Ramlee )….

4. …..Sport…
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan… hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga…. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss…..bukan yang bermain sahaja tak sembahyang….. yang menonton pun tak sembahyang juga ……. Kalau menonton dirumah…. akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL…… Yahudi gol lagi……. sampai ada ulamak kata…kerana sukan …sembahyang boleh tangguh… Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan…di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan….
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga…..yang menayangkan buah mangga artis perempuan…. Kalau ada konsert….sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert….
pelbagai maksiat akan diselit masuk…. Yahudi terhibur lagi….

6…. Female…
Perempuan…tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan.. terutama dalam iklan…yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan.. Kalau kita ke kedai bateri kereta…. dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi….. apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?… kalau iklan Modess… perempuan adalah patutnya…
Yahudi bersorak lagi……

7…Fashion….
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat…. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampak kan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah… Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan….. Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu…. Kalau dah rambut diwarnakan…. sembahyang pun tak sah… malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air… itu tak kira yang cukur bulu kening lagi… Yahudi ketawa lagi…. Umat islam sudah jadi macam Yahudi…..

8.. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky , Pizza hut….dan seribu satu macam lagi… Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina….. masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan… tapi makanan Barat menjadi kebanggaan… Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky …rempahnya datang dari Amerika…. siapa nak pergi check…halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap… Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi… tetapi berfikiran pun macam yahudi…Nauzubillah….. Yahudi makan Islam lagi…

Itu baru protokol yang ke 10… yang lain-lain entah macam-macam lagi…. aku cinta Malaysia …..tapi lebih cintakan ALLAH…….. oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah…….

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH….

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah – Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa’- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa – Ayat 69,
Surah Al Hasyr – Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA’LLAH
* ALHAMDULI’LLAH
* LAA I LAAHA ILLA’LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU’LLAH
* LAA ILAAHA ILLA’LLAH, MUHAMMADUR RASULU’LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ‘ ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA’EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

Semoga kita semua akan dilindungi dari segala ancaman…Amin

Category: Agama  Leave a Comment
4 visitors online now
4 guests, 0 members
Max visitors today: 4 at 08:14 pm MYT
This month: 43 at 02-06-2010 09:06 am MYT
This year: 43 at 02-06-2010 09:06 am MYT
All time: 44 at 12-29-2009 03:36 pm MYT