Archive for the Category »Makan-makan «
Kelmarin, dalam kul 6.30pm macam tu aku ngan hubby bertolak gi Melaka umah kakak sebab teringin nak berbuka kat sana…Ermmm,sejam camtu sampai dan kakak punyalah tekejut sebab angin tak der..ribut tak der tiba2 je mai umah dia.Saja kitaorg nak surprise dia.
Kitaorg berbuka dalam keter je ngan kurma dan karipap sardin, sampai je umah kakak…dia pun tak masak apa cuma mee goreng dan roti sardin,so apa lagi lepas je Maghrib kluar lah makan.
Abang ipar ajak gi makan Nasi Beriyani power kat Tesco,makan nasi beriyani gam..memang best dia kata.Jadi,aku pun nak trylah sekali nasi beriyani biasa je yang ada,hat gam dah abis…iskk hampes.So at last kitaorang pun makan yang biasa jerlah kan.Order 3 pinggan je sebab sepinggan punyalah banyak,leh share lagi.
Aku mula2 berlagak nak makan sepinggan,sekali separuh je leh pi dan balance tu bagi anak menakan habiskan.
Budak berdua ni…bukannya nak makan,tak habis2 main.

Yang ni pemalu sket…cakap pun kurang.

Pasangan bahagia…..
Lepas habis makan semua,abang ipar bawa jalan2 round Melaka tengok lampu2…ermmm tak sangka eak,Melaka dah makin cantik sekarang.Abang cakap,kalau malam minggu lagilah best..lagi happening.
Sampai umah pun dah dekat kul 12 tgh malam, lepas tu bila semua dok sibuk2 nak tido, adalah manusia ni dok melayan kerenah budak2 main PS2.Tak lain dan tak bukan…my husband lah.Iskkkk….macam budak2 betul…
Ermm..tu dok main game Transformers yang depa baru beli tadi kat Tesco…Last2,kakak aku bertempik kat anak2 dia suh tutup TV tido sebab dah dekat ngan kul 1 lebih..karang nak bangun sahur semua liat…
Mulanya nak buat buah melaka.Hubby pun dah belikan kelapa parut semua.Alih-alih aku tukar pikiran tak nak buat buah melaka tapi nak buat karipap.Nak tahu nape aku tukar pikiran???sebab tepung roti canai hubby aku hari tu ada lagi balance dan masih boleh pakai…so aku gunalah.lagipun nak buat kulit karipap sama gaklah caranya.
Hubby dah tegur,dia cakap mana boleh sebab tepung tu dah dicampur ngan telur dan disalut ngan planta.Nanti dia tak nak tangkup.Aku ni lak degil…yakin yang boleh.Bila dah letak inti takleh tutup….so hubby sian kot kat aku,jadi dia tolonglah tambahkan lagi sket tepung sebab nak hilangkan bekas planta tu.Finally boleh….
Tapi bila datang part nak menggoreng,sedihnya sebab dia melekat2 kat pinggan.Dah tu..takkan nak buang kan,aku goreng jerlah.dan nak tahu camner rupa karipap aku????ermmmm…tengok kat bawah ni…..
Hahahaha…kembung semacam.Hubby perli aku balik…itulah orang dah cakap ada telur,bila goreng jadi kembung camnih.
Hahahaha…padan muka aku.Tapi yang bestnyer,bila dah goreng,sedap tau. Hubby pun bagi nama makanan ni…..ROTI CANAI KARI GORENG.
….Boleh gitu???
Itulah juadah berbuka puasa aku hari ni.Hubby tetiba teringin nak makan jadi aku buatlah.Selain tu aku goreng ikan dan sayur pucuk.Ermm…kira2nyer tu leh sekali sahur lah sebab terbanyaklah pulak masak kan.Inilah rupanya…
Ini lak sayur pucuk kegemaran me and hubby…

Nak resepi ke???ermm…i think semua tau kot cara nak masak dia camnerkan.Tapi kalau ada yang tak tahu tu..leh tanya,nanti aku bagi kay.Barang ni semua beli kat pasar Nilai 3 tau…dan aku taubat tak nak beli lagi sebab harga dia gila2 punya mahal dari kedai2 runcit biasa ni.Melampu betul lah peniaga ni sekarang.
Esok…
….nak buat buah melaka….hihihi,best..best… dan inilah first time buat sendiri dan tak tau jadi ke dak.
Tengah hari tadi jalan-jalan kat Satellite ngan my friend ni. Today’s lunch on her kan..so,nak mencari lah tempat makan yang best2 sket.![]()
FYI, KLIA dah buka banyak kedai untuk shopping tau. Foot wear dah ader,dalam tu ada jual crocs,clark & Hush Puppies lagi.Tapi tadi tengok2 jerlah tak beli pun..sajer cuci mata.Dah nak macam shooping complex pun KLIA ni aku tengok.Sambil2 tu dok ushar gaklah tempat nak makan.Mula-mula nak makan noodles,tapi my friend cakap dia nak makan fast food.Kalau fast food kat satellite tu cuma ada Burger King jerlah.
Pergi tengok,cam ramai sangat…so we decide nak pergi jer Noodle House. Tapi masa OTW tu jumpa satu kedai yang baru buka dan nampak sempoi lah jugak iaitu Jalan Alor restaurant.Banyak gaklah makanan dia macam Mee Udang,laksa,nasi ayam,Chicken porridge dll.At last me decide untuk makan Fish ball noodle soup and my friend plak nak makan mee udang tapi nak tukar ngan kuey teow.Sebab takbleh tukar maka dia pun ambik kuey teow goreng je.
Lepas pesan,nanti kena ambik sendiri dan yang bestnyer kita tak yah berdiri tunggu kat situ tau.Kita boleh duduk dulu dan dia bagi kita pager ni.
Bila makanan kita dah siap,pager kita akan berbunyi macam alarm dan siap bervibate lagi.Kita pun pergilah kat pick up counter untuk ambik. Ermm, canggih gak yer.
Ini lak makanan kitaorang yang dah siap…Fish ball noodle soup for me
and kuey teow goreng for my friend.
Makanan dia memang best ler,rugilah kalau tak cuba dan harga nyer not bad…ala standard airport price ler…tak murah dan tak mahal sangat.Ha …ini pulak budak lapar yang tengah sedap makan….uisk..kamalia,dah kembung pipi tu yer..huhuhuhu…
Dan inilah kedainyer….
Jadi kepada sesapa yang nak terbang mana-mana nanti tu…mai singgah yer kat Jalan Alor ni…dia berhadapan dengan Burger King kat Satellite building KLIA.
Ahad lepas, rancangnyer nak kluar gi jalan-jalan kat sunway tapi at last lepas kemas rumah,terus malas.Kesimpulannya kami beralih arah ke PD.Sampai pun dah pukul 8pm,terus pergi kat bundle yang terbesar kat PD tu.Errmm..jangan ingat bundle ni untuk yang tak der class je tau. Kat situ korang leh tengok pelancong luar pun ada tau.
Tapi tak beli apa-apa pun sebab macam tak menarik,perut dah lapar…tak tahu nak makan kat mana and last2 ada gerai makan yang kat tepi Petronas tu jual Sup Gear Box.Best gak menerai ni sebab susah gak nak dapat sup ni kat area Sepang.
Inilah rupanya yer..sorrylah takleh nak focus dekat2 lagi sebab nak cepat ambik gambar….dah lapo sangat.
Siap dia bawak mai pisau ngan straw lagi untuk sedut tulang sum2 dia tu.Rasanya ermmmm…memang marvelous.Sama rasa cam yang kat Penang nyer.Ada masa nanti nak datang lagilah.
Kelmarin aku MC sebab kena Migrain.Keje banyak kot kan…berat tul kepala aku masa pagi nak bangun tu.Kira halal lah MC tu…Lepas gi klinik ambik ubat,MC so aku pun balik rehat kat rumah.Tido tak hengat…dekat kul 5 baru bangun.Bila bangun je,kepala automatic dah baik.
Lepas Maghrib tu,lapar dan memang malas nak masak lah.Ajak hubby gi makan ikan bakar kat Bagan Lalang.Kalau korang nak tahu,kat Bagan Lalang ni ada satu kedai ikan bakar yang memang best dan murah.Satu ni jeerr,yang lain hampeh tak sedap dan mahal lak tu.Mungkin kedai ni kena ngan citarasa aku ngan hubby kot kan.
Haa..nilah kedai nyer
(Sorrylah yer,gambar gelap sket..ambik pun ngan camera handphone kan)
Ini yang kitaorang order…
Tembikai Limau for me and Teh O for hubby.
Sotong goreng tepung..memang best sebab tak berminyak dan sotong dia besar.
Ketam masak sambal for husband…aku tak suka ketam sebab malas kopek.
Ikan Jenahak bakar…ni mmg sedap.
Lagi satu kitaorang order sup sayur campur..lupa nak tangkap gambar.
Ni muka orang sakit siangnyer…tapi malam sihat Walafiat…teruk kan…
Harga semuanya adalah RM49.90 sahaja termasuk nasi putih 2 pinggan.Murah tak???for me murah tapi tak taulah korang.Cubalah yerrr jangan tak cuba.
Lunch tadi tak pasal2 aku gi Lunch kat Aunty Aini’s. Memang famaous lah tempat ni kat area Nilai.Restaurant ni pernah direview oleh Anthony Bourdain seorang food writer untuk Asian Food Channel(AFC).Konsep dia kat sini adalah ala2 garden.Memang rasa relax je kat situ,sambil2 tu di alunkan dengan muzik2 yang amat romantik (Marah gak laki aku ni kang sebab mkn tak ajak dia.Xper pa,nanti kita mkn berdua je eak,baru romantic.) Sebab aku tak pasti makan apa yang best kat situ,kawan opis aku ni cakap yang paling best kat situ adalah Roasted Chicken with mashed potatoes.
Tapi sayangnya dah abis,leh order satu je,so aku pun orderlah New Pan Fillet o Fish with potatoes.
Member aku lak order side dishes ni,Mashed Potatoes.Rasanya tak macam mashed potatoes yang lain tau.
Memang sedap,dan harganya agak murah jika nak dicompared ngan tempat lain. Air yang aku order cam biasalah Ice Lemon Tea,sedappppp…..Ini lak dia nyer persekitaran dalam restaurant ni,memang bestlah senang citer.Kalau malam lagi cantik tau.
(
K Sorrylah tak banyak sangat gambar ambik sebab orang agak ramai,dan lagi satu perut tengah lapar bangattt.
Wahh..ada hati nak diet no.Takpe2,selagi ada keinginan kita teruskan.Esok dah tak der keinginan akibat tak tahan godaan…kita tak yah dah ler diet.Okay,ni ada satu resepi menu yang agak sihat lah.I reka sendiri okay.Nama dia Wa tarak tau…korang pandai2lah nak letak apa nanti yer
.Nak tau cara nak buat dia camner??Sonang je,korang boleh guna apa je jenis mee atau bihun,kuey Teow ke.Tapi yang aku pakai ni,dia macam mee kering tau,rupa dia ala2 cam wantan mee gitu.Tapi bukan mee wantan.Ala..tak kisahlah,korang pakai je apa je yg korang rasa sedap.
Air tu rebus je sampai mendidih,pastu masukkanlah bahan apa2 yg korang nak letak.Macam aku just letakkan vegie fish ball dan carrot.Lepas tu buh black pepper,garam cukup rasa dan cili padi sket.Dah okay semua,masukkan mee tadi.Pada yang suka telur…leh lah letak telur.Macam aku,i dont like.Yang ada telur ni hubby punya.
Dah siap,boleh hidang dan apa lagiiik…Yummm..Yummm ler.
Waaa…asyik-asyik entry pasal makan je kan.Bukan nak tunjuk yang aku ni kuat makan tapi saja nak tunjuk yang aku lately ni rajin benau masak nyer.Ntahlah naper tapi itulah hakikatnyer.Tapi ikut mood jugaklah dan lagipun bukan ke dua minggu lepas aku asyik bz memanjang sampai tak der masa nak masak kat suami.Sian dia….Jadi yang ni aku masak 2 hari lepas kalau tak silap.
Kat KL ni kan aku tak jumpa lagi Char Kuey Teow sesedap yang ada kat Penang.Yang aku dok makan,memang lah tulis Char Kuey Teow tapi bila makan actually bukan tapi hanyalah Kuey Teow goreng basah.Ermmm…anyone kalau tahu kat mana ada Char Kuey Teow yang betul2 terangkat roger I yer please…
Sepatutnya entry ni dikeluarkan pada Isnin hari tu,tapi disebabkan aku ni boleh dikatakan pekerja paling sibuk diwaktu sekarang ni maka aku publishkan je lah entry tu hari ni.Aku ni kan punyalah kempunan nak makan bubur carca tau.Tahu tak bubur Carca tu camne?Ha…ni macam ni.
Lepas tu lak hubby nak makan jemput-jemput udang geragau.Tau dak udang geragau tu apa???ala udang kepal lah.Ermmm…takkan tu pun tak tahu kan kan kan.Ni gambar selepas ia digoreng yer.Dah kira agak lama gak lah aku tak wat minum petang untuk my beloved hubby ni.Suka dia tau dapat makan macam ni.





Recent Comments