Archive for the Category »General Info «
Saje je nak share ngan korang cerita ni (baru dapat email tadi ni)…..Renung2kan lah yer….
Teringat pasal satu story,
seorang lelaki balik rumah…dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak
surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah
kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak. lelaki itu melaung nama isterinya… .sepi tiada jawapan, masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh! periuk tidak bercuci ,mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak, masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh
apatah lagi berendam. lelaki itu cemas mencari isterinya, dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku
“awak sakit ke?”..tanya lelaki itu, “tak ! lah”, jawab isterinya ringkas
“kenapa teruk sangat rumah kita hari ni”, tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam
balas isterinya “wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg
mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa
kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ….NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”
Best baca sampai abis!!!. It’s true.
To share..Dari Ilham seorang lelaki…
“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau
mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus
melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…” Ibu, ibu… engkau lah ratu hari ku…..”Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak.
HAPPINESS!!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24
hours tak habis-habis berleter…. pottttt peeettt pooott peettttt,boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya
, tingkap pun boleh tercabut…And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat tipon ngan “dear” sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!
But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam “haunted village”. Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah,penyegar suasana. Tanpa leteran itu, semuanya seperti MATI…
Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik
kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari
mak yang suka cubit dan memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih
bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia
menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti,layu
selayu-layunya.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in ourlife!!
Kau Isteri Ku….
Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang … Ibu sekarang
tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the
reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan
telinga setiap kali ibu memberi “ceramah percuma”. Mungkin anak-anak tak
terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah ( for instance if she’s gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai
kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies,
clubbing, or most to most lepak kat happening places..paling tidak layan
PS2.
As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak
peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.
Pantang kalau isteri ada kat rumah and i’m off duty, sure at times boleh
membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah
tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat
depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek
kata,FreeeDoMmmmm lah!!
But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”, aku
pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once
shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one
to criticise. Everything will be smooth… Tapi, masuk hari ketiga, i felt
something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau
‘assshheemmmm’ , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah
abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak
boil…. Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai
yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga
yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer
best pun jadik tak best.
Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik
rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah
makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk
dipakai. Toilet dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak dimop…Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling
blindly… bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun….belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.
Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri….
So guys out there… jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. A! pa ingat
dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren
kita, sweetheart kita… Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa
nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi… penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita…tak rela!!!
So to all mums and wives out there… life will be meaningless without you
mothers)….. uuwaaaaaaaa! !
sayangi la kaum perempuan krn tanpa mereka anda kehilangan sesuatu,hargai
mereka sementara mereka masih ada!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!
Dengan rasminya, retail optimization project (ROP) yang dibuat dekat KLIA ni dah pun siap. Last 2 weeks, ianya dah pun dirasmikan dan yang paling best sekarang kat KLIA ni dah ada jungle boardwalk tau. Maknanya,selain pusing2 untuk bershopping,korang pun boleh lepak kat tengah2 hutan sambil menghirup udara nyaman dan segar.
Sekarang ni pun, banyak sangat kedai2 untuk shopping dan tempat2 makan kat KLIA dan LCCT untuk korang bershopping. Oklah,tak nak citer pasal shopping tu semua, aku nak citer pasal jungle boardwalk ni.Dah 2 minggu buka tapi baru hri ni aku pergi…biasalahkan,sibuk.Minggu lepas,3 hari kat Langkawi buat kerja.
Jom layan few gambar yang aku ambik tadi,tapi sorrylah sebab gambar tak baper clear lah.
(Ini pintu masuk dia)
Siap ada air terjun lagi,dalam kolam ada ikan…tapi korang jangan lak terjun.

(Setiap pokok ada label dan setiap label akan di citerkan kan papan ni, ini adalah nak bagi tau pokok ni nama apa semua…)
Jadi…kalau korang nak pergi terbang tu,sebelum terbang pergilah masuk hutan dulu na.
Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)
Keterangan nombor lahir
1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.
9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
Sumber : http://www.catzer.com/kira-tarikh-lahir-ada-makna-ke.html
Tak semua perempuan tu jahat dan tak semua lelaki tu baik….jadi ini hanyalah untuk renungan kita bersama supaya lebih bijak membuat penilaian.
10 ciri-ciri lelaki kasanova adalah…
1. Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. namun haris di ingat semua itu hanya mempu bertahan tidak lebih sebulan. sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan taringnya
2. Sentiasa kemas dan perwatakannya seperti berada, tapi sebenarnya poket kosong. kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat kamu di awal perkenalan kemudian duit kamu pulalah jadi mangsa
3. lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. siapa yang akan sampai dahulu.
4. sering beri pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.
5. Mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga bukan calang-calang jenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
6. Baru kenal tidak samapai seminggu sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. sengaja mahu mengoda kamu untuk pergi lebih jauh.
7. Apabila keluar dengannya, saya selalu tunjuk macho depan kamu. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan kamu. Kononnya mahu buktikan pada kamu si dia tidak curang di belekang kamu. tetap dia memang peramah dengans emua orang.
8. Selepas sebulan berkawan, si dia berani mintak wang untuk di pinjam. tanpa sengan silu si dia memintanya daripada kamu.. Ha… alasan yan
Just received email from fren, Bacalah email dia kat bawah ni…..
Juz 4 info, September juz around the corner.., Our Goverment akan menetapkan pada 1 September minyak hijau RON97 akan dinaikkan ke RM2.00p/liter (it’s depends pada harga minyak global). Maka kerajaan memperkenalkan minyak baru RON95 (compulsory pada semua station minyak di Malaysia) harga syiling dan dikawal sepenuhnya oleh our Goverment seliter RM1.75. So korang dah bleh test ngan minyak baru ni di station minyak yang terpilih.
Kebanyakan kereta sesuai ngan minyak baru nih lagipun ianya murah. Be carefull n lihat listing n jenis kereta yg u all guna.

![]()






Sumber dari :MALAYSIAN MOTOR TRADER NEWS – FEATURE – The RON list

Pidgin ni adalah salah satu IM dan masih lagi baru kat dunia chatting ni.Tapi yang best pasal pidgin ni satu je,korang kalau lah ada account YM ke,Google talk ke…korang boleh buka semua ni kat pidgin.Maknanya,takyahlah buka banyak-banyak…buka satu je dah cukup.Tengok contoh kat bawah…ni masa ni aku dok chat ngan hubby I…dia guna YM,aku lak guna Pidgin.

Selain aku leh tengok sapa online kat YM…aku pun boleh gak tengok sapa yang online kat google talk.Antara chat network lain-lain yang padan ngan pidgin adalah seperti berikut….AIM, ICQ, Google Talk, Jabber/XMPP, MSN Messenger, Yahoo!, Bonjour, Gadu-Gadu, IRC, Novell GroupWise Messenger, QQ, Lotus Sametime, SILC, SIMPLE, MySpaceIM, dan Zephyr.
Selain dari tu,features yang ada kat pidgi ni sama je macam feautures yang kat lain2 IM…contoh macam share file,away message,buddy Icons,Notification message and etc.
Ermmm…sapa nak try guna????apa lagi cucuk ler kat SINI
Psttt…Saya buat ni bukan untuk bayaran yer…saje je suka promote barang baru untuk kengkawan.Hihihi
Sharjah: Drinking a decoction made of fennel seeds soaked in warm water first thing in the morning could prevent you from catching swine flu says a study published in a Chinese medical research magazine.According to report published in Al Khaleej a local Arabic daily, the study has resulted in an increase of fennel seeds sales by 50 per cent in some Asian countries.
The report read that similar increase in sales was also visible in countries like Saudi Arabia and Egypt.The fennel seed warm drink is being distributed to people who are making pilgrimage to the holy cities of Makkah and Madinah.
沙迦: 根据中国医学研究杂志所发表的研究报告,在早上饮用茴香的种子(小茴香)所浸泡的温水可以预防猪流感(A型流感)。根据一家阿拉伯文报章的报导(Al Khaleej),这项研究结果增加了一些亚洲国家的茴香种子销售量约50%。
该报导也指出类似的销售量增长也出现在其他国家如沙特阿拉伯和埃及。
茴香的种子所浸泡的温水也在麦加(Makkah)和麥地那(Madinah)分发给前往朝圣的人。
Sharjah: Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.
Source:Original article from http://archive.gulfnews.com/articles/09/070510328712.html
Im not purposely nak tell everybody that I work at KLIA. Actually this entry aku cuma nak share ngan korang semua,apakah kemudahan yang ada kat KLIA ni tapi mungkin korang tak perasan.Bila dah tak perasan ni mungkinlah korang kata KLIA ni tak der itulah…inilah,padahal macam-macam yang dah buat kat sini.
Okay,firstly dulu lepas je immgiration sebelum train nak ke satellite tu tak der apa-apa kedai pun,memang kosong dan sunyi dan memang membosankan.Tapi tidak lagi sekarang,ini buktinya…

(Dekat sini ada jual choclate-bermacam-macam jenis dan memang takleh jumpa kat luar Airport, rokok-harga memang murah lah,yerlah dah nama pun duty free..beza ngan luar dekat ngan RM20-RM30 gaklah satu carton tu, dan yang ni takleh nak buat apa lah kan..liquor)
Satu lagi tempat best yang masih dalam pembinaan kat area ini adalah Kidz Smart Tunnel..kat sini ada macam-macam permainan untuk budak-budak main sementara nak nunggu flight dan juga ada jual choclate-choclate.Bila buka yerrr???Im not so sure tapi pembinaan dia memang dah hampir 99% siap.
Yang ini lak toilet baru dekat KLIA,buat masa ni cuma satu je iaitu kat Level 5 Main Terminal building sebelah Cafe Marche tu. Ini cuma dibuat sebagai mock up dan sekiranya passenge suka,maka ia akan dibuat dekat semua toilet yang ada kat KLIA ni.
![DSC00790[1] DSC00790[1]](http://hotkanc.com/blog/wp-content/uploads/2009/07/DSC0079011-300x225.jpg)
Lebih besar,lebih cantik dan lebih selesa
![DSC00786[1] DSC00786[1]](http://hotkanc.com/blog/wp-content/uploads/2009/07/DSC007861-300x225.jpg)
Ada makeup corner
![DSC00793[1] DSC00793[1]](http://hotkanc.com/blog/wp-content/uploads/2009/07/DSC007931-225x300.jpg)
Tempat buang sampah dan hand dryer kat tengah-tengah sinki,jadi senang lah sket.

Ha,yang ni best sebab dah ada power point,jadi kalau nak guna apa-apa macam nak charge handphone ke,nak guna hair dryer ke…lehlah cucuk kat sini.
Sekarang kat satellite jugak dah ada sport dan movie lounge.Jadi kalau bosan-bosan sementara tunggu korang nyer flight,lehlah datang sini layan movie atau sport dulu.
Sport lounge
Transport information pun ada,ada kat semua Flight Information Display(FIDS).Ada letak bus apa kalau nak mana ke mana…harga pun ada.Jadi…taklah susah korang nak gi tanya sana sini kan.
Actually sekarang ni banyak lagi yang dok dibuat…umpamanya kalau korang dari parking nak jalan masuk ke terminal,tengah dok buat kedai-kedai sepanjang jalan tu. Sekarang ni…kedai jual handphone ada…apa semua elektronik gadget pun ada….Macam-macam adalah kat KLIA ni.Jadi…BERBANGGALAH NGAN AIRPORT SENDIRI.
Kalau ada apa-apa pembaharuan lagi,I will update yer.
Hari ni aku xder idea nak menulis sebab keja banyak + bos baru yang semakin banyak songehh nyer…eiiii tensen tauuu. Aku nak share satu benda ngan korang semua,ni pun aku dapat email dari member opis ni jugak.Memang berita baik buat anda yang mempunyai suami berperut boroi…Silalah baca yer…….
Saya berkahwin 3 tahun lalu, dan mempunyai seorang cahaya mata. Di awal perkahwinan suami saya berbadan kurus dengan berat lebih kurang 59 kilogram dan berperut leper. Namun setelah 3 tahun berkahwin beratnya mencecah 72 kilogram dan perutnya sudah mula membuncit seperti wanita mengandung 3-4 bulan. Namun dia masih sihat dan tidak dirundung penyakit. Jika benar artikel berkenaan, benarkah perut suami saya yang buncit itu tanda dia amat
bahagia hidup berumah tangga dengan saya?
ISTERI BAHAGIA,
Hulu Langat.
JAWAPAN
Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat
badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumahï. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan.
Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah
menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu. Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!
Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka. Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut. Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain boroi Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua di mana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit.
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang “slim” dan masih tampan. Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian.
Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya.
Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
Dari sudut lain pula mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Kembali kepada persoalan anda, jadi kesimpulannya, suami yang berperut buncit tanda mereka bahagia hidup berumah tangga adalah benar, seperti yang
telah anda baca pada artikel berkenaan. Tetapi awasi suami anda, walau pun mereka berberut buncit tetapi pastikan mereka kekal sihat. Anda sebagai isteri berperanan besar untuk memastikan menu yang dimasak buat suami dan anak-anak adalah menu yang sihat. Kurangkan minyak, gula dan garam. Amalkan pemakanan sihat sekeluarga.
Pesanan kepada Isteri2 yang suami dia perut slim ni….tolonglah boroikan suami masing-masing yer….
Pernah tak wat spa kaki sebelum ni???kat Giant kat ngan umah aku ni ada satu SPA kaki ni.Dia gunakan ikan apa ntah tapi ikan dia cam tak banyak.Tapi hari tu aku pi kat satu tasik ni tau,ikan keli punyalah banyak dan lepas tu aku tengok ramai orang dok letak kaki kat dalam air tu.Apa lagi kitaorang pun try lah….mula-mula cam geli je,tapi bila dah lama-lama macam syiokk lah plak.





Recent Comments