[ close ]
Help Upgrade the Web: Download Firefox 3.5

Archive for the Category »my story «

Salam 2010

Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja di tahun yang baru iaitu 2010. Semalam dah macam-macam azam aku untuk tahun baru ni.Antaranya adalah nak datang awal,tak nak datang lambat tapi apa jadi???lambat juga akhirnya sebab pagi tadi hujan lebat dan memang syok tido dan disebabkan itu aku pun terlambat bangun.

Nasib baik hubby tak berniaga hari ni, jadi aku pun tak kasi chance dia untuk tido. Aku paksa dia hantar aku sebab kalau aku yang drive,sure lagi bertambah2 lambat sebab nak cari parking kat KLIA ni ambk masa kat 5 minute dan lepas tu nak jalan dari parking masuk opis dekat ngan 10 minit. Maknanya jumlah masa yang aku ambik untuk masuk opis dari parking dekat ngan 15 minute.

Dan disebabkan dengan kelambatan itu, AKU LUPA BAWA HANDPHONE!!!!!!!….jadi nak hupdate blog pun enggak bisa. Maka dengan itu aku pun buatlah karangan yang ayatnyer adalah tungging langgang ini.Oleh itu aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua.HAPPY NEW YEAR 2010.

Category: my story  6 Comments
Versace Bright Crystal

imagesKoranggg….aku first time bau perfume ni, terus jatuh cinta hah. Bau dia perghhh…memang lembut giler.Sesetengah perfume kena sembur dan lama sket baru dia naik wangi dia tu kan, tapi ini tak payah….dari mula sembur lagi bau dia dah menyengat sanubari aku.

Harga dia…aku tak pasti kalau dalam KLIA ni memang murah lagi atau kat luar tu murah. Hat aku tengok ni harga dia dalam RM240 untuk 50ml. Jadi sesapa yang tahu harga kat luar kalau murah dari dalam KLIA, please roger i okay.

Aku tengah aim nak beli hat yang ni…tapi bila eak???tunggu dapat bonus lah(tu pun kalau ada)….

Category: my story  One Comment
Sorry Guys

Sorry sesangat sebab dah lama giler tak update. Salah satu sebabnyer, minggu sebelum raya hari tu aku demam dan 3 hari ha MC.Pastu cuti raya kan kan…Hari Rabu lepas baru naik keje balik.Masuk keje ni,korang paham2 lah kan sebab aku sedang menanggung kawan aku ni. Dia dah pindah airport langkawi,jadi semua keje2 dia,aku yang buat dan dah tak tertanggung dah rasanya.Tapi tak per,ongkosnyer ada.

Umah pun dah tunggang langgang,dengan kain tak berlipat,tak berbasuh.Balik keje plak…nak masak untuk berniaga pulak kan.Jadi hari minggu ni lah aku gunakan untuk kemas umah…lipat kain…basuh kain.Ni pun baru balik dari litar sepang tengok perlumbaan Cub Prix, tu pun sebab anak menakan husband aku ada.Dia jadi pomen untuk motor dari Honda.

And now Im in Damansara untuk ambil sesuatu yang berharag….Wahh,apa yer????Ermmm…rahsia ha.Oklah guys,aku chow dulu…nanti rajin2 aku update lagi yer…Memang banyak nak update ni…gambar pun berlambak2 nak load.Tunggu masa je ni.InsyaAllah…minggu lagi satu dah relax kot….

P/s: Korang perasan tak start minggu ni selama 4 minggu berturut2 hari Jumaat cuti….Eeeiii…besttttnyerrr,keje 4 hari je seminggu selama sebulan.

31 tahun yang lepas

Tanggal 16/11/1978, aku dilahirkan dengan susahnyer (ni citer mak aku lah). Dia kata, aku lah anak dia yang paling susah nak keluar. Udah lah aku lah anak dia yang paling besar,bayangkan 4 kg berat aku masa aku diberanakkan tu.Arwah bapa aku sampai menangis lah tengok mak aku susah nak bersalin.

Aku dilahirkan tepat jam 12 tengah hari,patutlah gelap je kan dan ketegaq sket.Aku dibesarkan dan disekolahkan dengan serba sederhana dan penuh kasih sayang. Especially arwah bapa,dia tak pernah pukul aku…tapi makkk…uishhh,garang tul.Apa-apa pun,aku sayang mak aku sebab dia mak aku lah…sapa tak sayang mak oi…tak dak ganti nyer. Laki hilang leh cari ganti…kalau mak dah tak ada…mana nak carik lagi???

Lepas sekolah, aku berjaya lanjutkan pelajaran ke UITM Shah Alam dan akhirnya aku berjaya habiskan pelajaran. Lepas tu aku bekerja, dan sampailah sekarang, Alhamdulillah….dah ada keje yang betul2 aku suka dan Alhamdulillah sekali lagi sebab aku dah pun berkahwin dengan lelaki yang amat aku sayangi…iaitu suami ku sekarang.

Sepanjang perjalanan hidupku selama 31 tahun ni,banyak betul ranjau  yang harus aku tempuhi. Ada pahit dan sudah tentulah ada manisnyer. Aku bersyukur kerana aku dikurniakan kegembiraan yang tak ternilai oleh Allah SWT. Cuma satu je harapan aku di hari lahir ku ini, aku mohon kepadaNya moga aku dikurniakan zuriat yang soleh dan comel2…hihiii. Aku mohon moga aku dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki dan aku juga mohon aku dapat menjadi seorang isteri anak yang solehah.

Category: my story  4 Comments
Best cat I ever had

Susah nak digambarkan dengan kata2,macam mana aku sayangggg sangat kat kucing aku yang sekor ni…Aku pernah bela kucing dulu2,tapi tak seperti yang sekarang ni.DSC00006

Even she just a kucing kampong, tapi kegelongannya itu telah menambat hati aku.Perghhhh…ayat…jiwang siot.Kalau dia buat salah,dan aku marah kat dia..dia akan senyap dan tak bising selagi aku tak pi pujuk dia.

Bila aku bersedih, dia akan datang seolah2 menenteramkan aku yang sedang bersedih. Ishhhh….tak tau macam mana nak buat kalau ditakdirkan dia dah tak ada nanti.

DSC00015anddddd……dia mengandung lagiiii.Aku rasa nak menangis je sebab anak dia hat 4 ekor tu pun kecik lagi.

Category: my story  2 Comments
Sepang sekarang

3 tahun yang lepas, aku dok Sepang ni punyalah aman damai.Jem tak der dan kalau kluar umah pagi tu pukul 7.30, dan lagilah nak sampai opis kul 8.00 ataupun balik,kluar opis kul 5.30, sampai umah kul 6.00 camtu.

Tetapi…sekaranggggg….jangan haraplah..pagi kira nasib baiklah ada polis traffic jaga,kalau tak jaga macam dulu….kluar umah kul 6.50 pagi,pun belum tentu leh sampai 7.45 pagi…padahal umah taklah jauh mana,takat 20km je. Waktu balik aku sekarang memang problem,jem giler kat simpang depan masjid KLIA tu….kekadang panjangnyer sampai ke roundabout.

Semalam aku terperangkap kat jalan yang cuma tak sampai 500 meter tu selama hampir 15 minit.Adeii…cubalah korang bayangkan.

DSC00165Kat depan

DSC00166Kat belakang

Andddd…the worst part is

|

|

|

|

DSC00168Minyak keter nak habisssssss………

Tapi nasib lah baik dan jugak sampai umah…….

Category: my story  One Comment
Musim orang mengandung

Aku rasa memang sekarang ni musim orang buat anak lah….Ramai tull orang yang aku kenal ni mengandung.Antaranya adalah:-

1.Yatie Sawanila

2.Kak Eina

3.Wife ex supervisor aku

4.Kakak ipar sendiri (Wife abang aku)

5.Kakak ipar jugak(Kakak laki aku)

6.Kawan aku kat MAB ni – 2 orang.

7.Ceera-Blogger

8.Aku?????

Iskkk..takleh jadi ni,I must do something..yerlah semua tu rezeki dari Allah tapi kalau kita tak berusaha,tak jadi jugak. Tadi aku baca satu forum ni,ada seorang ni dah hampir dua tahun tak pregnant dan sekarang Alhamdulillah dah pun pregnant.Dia ada pergi mengurut dan lagi satu cara adalah dia berubat guna kaedah homoepathy. Klinik tu kat Kampung Pandan.Dia guna rambut kita untuk cari apa problem kita.

Anddd…I dah buat pun appointment hari Sabtu ni pukul 4 petang.InsyaAllah, usaha tu tangga kejayaan. Tapi kalau dah ditakdirkan jugak aku belum boleh mengandung, aku terima semuanya dengan hati yang terbuka.

Category: my story  4 Comments
Aku yang semakin tembam…

Tak suka lah aku tengok diri aku sekarang ni..bertambah2 isi nyer especially kat muka ni hah.Bila pakai tudung je, muka jadi tembam setembamnyer.

DSC00071

Korang pernah tak dengar Jus Mate 5 yang keluaran HPM tu.Serious dah glemer product tu kan dan aku ada lah baca pasal bahan2 yang digunakan semua, ermmm tengok macam menarikk jer.Lagipun pengasasnyer adalah seorang doktor.

Tapi harga dia…ermmm,leh tahan gak lah,sekotak RM200.Tapi kalau ahli dapatlah RM150,tapi untuk entitle kita jadi ahli, kena beli dulu 3 kotak dengan harga RM450.Mahal gak tu dan sekarang tengah pujuk hubby untuk belikan.Mana nak tau,kot2 ler leh slim melim pasnihkan.Tapi bila makan ubat tu,makan still kena jaga…diet dia memang ketat giler2.Tak kesah lah kan…insyaAllah..I will try one day nanti.Lepas tu kita tengok camner keberkesannya tu kan.

Category: my story  8 Comments
Haloo…Rindu sama saya tak?

Soalan yang bakal membuatkan semua meluat ngan aku kan kan kan….Hihihi….sorrylah geng wa dah lama tak update kat sini. I bukan apa,bz tahap tak tau dah nak habaq camner dah. Sekarang pun tengah dok buat project sket dengan budak budak U yang nak wat tesis.Aku ambik upah buat data entry dan buat analysis sket2.Bolehlah,cari duit tambahan kan.

DSC00060Camner????Do I look Purple?????

Hari ni aku terpaksa mencutikan diri aku dari keje sebab i kena selsema.Takkanlah nak gi keje ngan dok sok sek sok sek kan….confirm passengers pun lari tengok aku.

Alhamdulillah,aku takat selsema je,demam tarak….tapi yang tak bestnyer,athma datanglah menyerang diwaktu2 camni.Iskkk..tensen tul tau.Esok tengok camner gaya,kalau ok..pergilah keje dan kalau tak okay…MC ler lagi..apa susah kan kan kan….

DSC00059Lady in purple…..hihihihi

InsyaAllah…I will update selalu2 bila keadaan dah pulih seperti sedia kala.Doakanlah aku yer supaya hari2 aku akan berjalan seperti sedia kala yer.

Category: my story  One Comment
Happy Birthday Sayang

Punyalah lama aku tak post apa2 kat sini kan. Im really busy dan mmg tak tau nak ckp mcm mana bz nyer.Okay,now I dont want to talk how bz I am, now I want to talk about what happen today.

Hari ni adalah hari lahir my beloved hubby yang ke-34. Ermm,tua dah tu yang…

Kat sini ada buat video sket khas untuk hubby. I hope he will like it. Okay, papa…dengar sini apa yang mama nak cakap na….

Happy Birthday sayang, I love you so much.Mama harap papa bahagia selama bersama dengan mama.Mama doakan semoga papa panjang umur dan murah rezeki.Ma harap papa akan jadi suami mama di dunia juga di akhirat.It is the way we were, now and 4ever…I love you sayang……muahhhh”

Category: my story  5 Comments
5 visitors online now
5 guests, 0 members
Max visitors today: 6 at 01:32 pm MYT
This month: 8 at 03-04-2010 05:04 pm MYT
This year: 43 at 02-06-2010 09:06 am MYT
All time: 44 at 12-29-2009 03:36 pm MYT