[ close ]
Help Upgrade the Web: Download Firefox 3.5

Archive for the Category »Petua orang-orang tua «

Khasiat air suam

images Dalam memastikan badan kita sentiasa sentiasa sihat    dan cantik perkara yang perlu diberi perhatian ialah perjalanan darah kita.Kita perlu sentiasa memastikan perjalanan darah kita sentiasa berjalan dengan baik. Sebab itulah “orang-orang lama” mengamalkan berurut. Dengan berurut, urat-urat dalam badan kita dapat dibetulkan. Berurut di sini bukan “massage”. Berurut selalunya dilakukan oleh bidan-bidan kampung atau tukang urut tradisional.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk melancarkan peredaran darah.Namun begitu pada kali ini saya ingin berkongsi petua untuk melancarkan perjalanan darah sekaligus dapat membantu melangsingkan badan serta menyihatkan badan.

Petua kali ini ialah meminum air suam. Nampak mudah kan. Amalkan
meminum air suam pada awal pagi selepas bangun daripada tidur.Minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Mengapa minum air suam ini penting? Sebenarnya, untuk pengetahuan semua badan kita terdiri daripada 80% air. Oleh sebab itu, untuk memastikan sistem dalam tubuh kita berjalan dengan baik kita perlu minum air suam dengan banyak. Air dalam badan kita berfungsi untuk mengangkut oksigen ke sel-sel dalam badan kita. Apabila sel dalam badan kita dapat berfungsi dengan baik badan kita akan sentiasa sihat dan cantik.

Sumber : http://www.badanlangsing.com

Petua melangsingkan badan 1

Sapa nak kurus???Saya!!!….hampeh tul aku ni,bila lah nak sungguh-sungguh kuruskan badan pun aku tak tahu.Apa-apa,ni nak share satu petua.Tak tahu jadi ke dak tapi tak salah mencuba kan.

Ambil buah pinang dan hiris nipis-nipis buah pinang tersebut. Kemudian, jemur sehingga kering. Setelah kering, tumbuk lumat hirisan pinang tadi menjadi serbuk. Rendamkan semalaman satu sudu teh serbuk pinang tadi ke dalam air panas. Minum air bersama hampas keesokan harinya pada waktu pagi. Amalkan setiap pagi dan petang. Amalkan selama 2 minggu dan badan
akan menjadi kurus dan langsing.

Selamat mencuba yer…..

#Papa…pergi cari buah pinang cepat

Sumber petua : http://www.badanlangsing.com

5 visitors online now
5 guests, 0 members
Max visitors today: 6 at 01:32 pm MYT
This month: 8 at 03-04-2010 05:04 pm MYT
This year: 43 at 02-06-2010 09:06 am MYT
All time: 44 at 12-29-2009 03:36 pm MYT