Archive for the Category »Shopping «
Pada yang nak menjamu mata,Jom layan…Dan kalau ada yang nak membeli pulak,feel free to email me at anuorismail@gmail.com
Sorrylah gambar blur sebab guna hp nyer camera je.Jadi sesapa berminat dont hesitate to contact me via email okay.The price still the same which is RM59.90 and the postage cost is RM5 for penisular Malaysia.
Pagi tadi masa on the way nak turun pi opis,sales girl kat Tie Rack tu dah panggil aku.Dia cakap ni ada tiga scarft baru sampai,tak nak tengok ke?aku pun..”ooo ye ke,nak-nak”.Maka dia tunjuk ada satu design baru sampai tapi ada tiga jenis color iaitu biru,coklat and hitam.For me,cantik gak lah…Okay aku nak share ngan korang…tengok yer.
Ketiga-tiga ni kain dia jenis polyster(Betul dak eja camtu eak???)berbentuk square bukan oblong.Jadi cam biasalah kalau ada yang berkenan tu harganya RM59.90 not include the postage.Postage I will using a Pos Laju untuk dalam dan luar negara.For semenanjung tetap RM5 dan yang lain-lain tu ikut tempat yer.Anyone yang berkenan can drop an email to me at anuorismail@gmail.com
Tadi masa on the way balik dari Satellite,aku lalu ikut perfume nyer kedai ni.Skali terpandang Prada nyer perfume.Maka dengan selamba I asked for the latest Prada so dia tunjuk kat aku yang ini.Aku testlah bau dia kan,memang best gilerrr.Aku cuba dua-dua skali satu for Men dan lagi satu for Women.Dua-dua not bad tapi for Men ni macam lembut sangatlah bau dia dan agak tak sesuai kalau laki pakai.Tapi yang pompuan nyer memang bestttt.Kalau kat luar aku tak pasti tapi kat sini kalau for Men cuma RM218.00 dan for Women lak RM290.00.Opsss lupa nak habaq…dua-dua hanyalah untuk 50ml.Tunggu lah nanti kalau MAB dapat bonus,nak gak rembat satu.Hikssss…
Ada seorang readers nak tengok gambar kedai Tie Rack kat KLIA ni.Kebanyakkan gambar yang aku ambik tak nampak macam kat butik Tie Rack tapi macam booth je.Okay here is my explanation about Tie Rack yang kat KLIA ni.
Dekat KLIA ada dua kedai dia,satu kat Satelite Building dan lagi satu kat Level 5 Main Terminal Building.Yang dekat satelite tu,staff tak boleh beli langsung melainkan dia baru balik dr travel dari mana international country dan ada passport baru boleh beli.Harga kat dalam lagi murah RM10 compare ngan harga kat Level 5 ni.Level 5 pulak terbuka pada semua orang dan dia bukannya butik yang macam kat satelite tu,ia cuma booth kecil je.Tengoklah gambar kat bawah ni yang pernah aku letak kat blog aku ni last year.
Ha ini yang kat level 5 tu dan yang kat satelite aku tak der dalam simpanan dan nantilah ada masa aku pi sana aku snap okay.
Jadi pada semua yang tertanya-tanya tu,dah paham ke?selama ni aku dok beli yang kat level 5 sebab situ je yang aku boleh beli,lainlah kalau aku gi overseas dan masa balik,bolehlah aku pi beli kat dalam satelite building tu.
Ha,kalau korang semua nak tahu,lagi satu new service yang dah ada kat dalam KLIA ni adalah Nationwide Express.Mungkin courier service ni orang kurang guna kan tapi yang sebenarnya ok apa dia nya service,boleh track kita nyer shipment kat laman web jugak.
Apa sebenarnya tujuan aku citer pasal Nationwide ni eak???actually aku gunakan this courier service untuk hantar scafts yang dah diorder oleh my readers yang dok kat Brunei ngan USA.Wahhh…Internationalkan business i..jangan marahh….Tak adalah sebenarnya Alhamdulillah sebab setakat ni total semua scaft yang telah dibeli oleh my readers adalah dalam lebih kurang 25 helai.Untuk collection terbaru yang baru aku letak kat blog hari tu,ni dah masuk tudung yang Ke-10 dah terjual.
Yang ni order dari Brunei,Cantik kan…..Kay Mai,tunggu yer ur scafts sampai.
Yang ni lak untuk Aisyah dari US,Wait ya Aisyah….
Ni lak masa dok isi details kat consignment notes sebelum dihantarEh mana lak datang nyer teddy bear ni,Kawan aku ler ni….dia dapat teddy bear free tadi so suka je dia nangkap gambar.Jadi Mai and Aisyah….tunggu tau ur barang dan i dah bagi tracking number kan,so anything please email me okay.
Tadi masa pi check scarft yang ada my readers pesan,aku nampak satu scarft ni,memang cantiklah color hijau.Aku letak kat sini jadi kalau ada yang berminat,jangan segan silu yer sebab ada sehelai je.Jadi sapa cepat dia dapat lah.
Okay yer,cam biasa harga dia RM59.90 dan postage RM5 within Semenanjung Malaysia.
Dah lama kan tak dak entry baru kat blog ni…cam sunyi je kan.Okay hari ni aku nak letak collection terbaru yang ada kat Tie Rack KLIA ni untuk santapan korang semua.
Harganya macam biasalah kan iaitu RM59.90 not include the postage yer.Jadi kepada sesiapa yang berkenan,bolehlah hantar kat comments kat sini atau pun email je pada saya iaitu di anuorismail@gmail.com
Dear Penggemar Tie Rack;









Thank You
Masa balik kampung hari tu,sempatlah jugak aku pi pasar malam Batu Feringghi. Mulanya nak pi pesta tapi biasalah mesti jem teruk punyalah.Malam tu malam minggu satu hal,pastuh lak jambatan Pulau Pinang kan tengah construction sekarang dari dua lane nak jadi tiga lane.Jadi me,hubby and anak buah hubby pi Batu Feringghi dalam pukul 10 malam.Nasib baik tak tutup lagi walaupun ada sesetengah yang dah tutup.Plan aku cuma nak gi cari DVD je.Nasib baik tak tutup lagi kedai-kedai DVD ni.Apa lagi,aku pun belilah 6 DVD dengan harga cuma RM20 dan gambar dia memang clear giler.Aku sungguh-sungguh puas hati.Nak tahu citer apa aku beli?okay ni ha senarai DVD yang aku beli:-
1.Lord Of the Ring 1,2,3.(Puas Hati aku dapat beli balik).
2.John Hancock
3.Iron Man
4.Get Smart (ni memang citer lawak).
Jadi total semuanya adalah 6 keping kan sebab lord Of The Ring dah 3 keping tu.Kalau kat KL,jangan harap lah…paling murah satu CD leh dapat RM6.Tu pun susah yang amat nak dapat.Ingat nak beli lagi tapi banyak citer yang dah tengok so ambik 6 ni pun tak tahu bila nak khatam semuanya.Lepas je borong DVD,pergi lak lepak kat Gurney Drive.Memang best lepak situ malam-malam dan especially malam minggu.Lepas gak hajat aku kali ni balik Penang untuk pi round Pulau.
Kepada penggemar-penggemar Tie Rack,Ha mai sini nak habaq mai,la ni ada sales 20% untuk semua jenis scaft.Tapiiiiii….saya mintak maaf la no sebab saya tak dan nak pi ambik gambar pasai cek la ni busy terlampau-lampau.Tapi kalau nak tahu design-design yang ada sales tu camner,lebih kurang macam yang ini dan yang ini. Tetapi sesapa yang dok dekat-dekat ngan KLIA ni,mai je lah tengok depan mata,lagi puas hati.Opsss..lupa nak bagi tau,sales dia 20% tau.Ermmm…bolehlah sebab lagipun harga kan dah naik dari RM49.90 kepada RM59.90.Bila ada sales 20% ni,kira oraitlah jugak kan.Kalau nak tengok jugak apa design yang ada,please tunggu minggu depan yer sebab minggu ni cek memang tak menang tangan nak jadi photographer ni.wokey….chowwww











Recent Comments