[ close ]
Help Upgrade the Web: Download Firefox 3.5

Archive for the Category »vacation «

Langkawi…Here I come

I’m in Langkawi now,without hubby disisi. Actually seronok gak without husband ni sebab leh berpoya2 kan, tapi bosan gak bila dia tak der.Ermmm…xper,ni kira dekat je dan cuma 3 hari je.Masa gi Zurich dulu lagi lama aku tinggalkan dia, relax jer member tu.

Aku datang sini bukan untuk melepak tau…tapi untuk bekerja.Tapi yang aku musykilnya,dari tadi aku sampai…keje asyik makan je.Keje yang betul2 tak buat2 lagi….Hahahaha….(Kalau bos aku baca blog ni…confirm mati aku dikerjakan)…
DSC00172Ni ngah sibuk ler konon….Actually..letih yang teramat. Semalam pukul 4 baru tido,flight td kul 12.00…Agak letih gak ler ni….malamni konfirm tido tak hengat.

Oklah, ni short update je….nanti i update lagi yer.

Category: vacation  One Comment
Kampungku Sungai Dua,Butterworth

Lihatlahhh..keindahan,sawahku ……….(tak ingat dah). Ingat tak lagu tu..alah citer ni Ogy berlakon.Dia seorang budak kampung tapi lupa daratan bila dok bandar…tp at last dia sedar dan dia pun lari balik kampung. Aku tak ingat tajuk citer ni…tp ingat2 lupa lah jalan citer dia.Citer lama ni…rasanya zaman 80an kot.

Okay tak nak dah citer pasal filem tu…meh nak tunjuk betapa cantikkkkkkkknyer kampung ku. Uiskk dah banyak kali balik kampung tapi tak pergi jalan2 kat sawah belakang umah tu. Jadi satu petang tu,ajak hubby pi naik motor ronda dalam sawah.Memang bestttt dan inilah aktiviti aku masa sekolah dulu.Aku suka ronda naik motor atau pun basikal…ronda sorang2 je tau.Ermm…betapa beraninya aku waktu tu.

Jom,tengok gambar sawah…sejuk mata tau.Masa ni…depa tengah dok bajak sawah untuk tanam padi baru.

DSC00035Gambar burung bangau…

DSC00043Bukit yang nampak tu lah Bukit Mertajam.

DSC00033Makcik2 dok mancing ikan haruan…ikan dia besar2 tau.

DSC00045Pakcik tu tengah dok bajak sawah tu….

Bilalah lagi nak balik kampung ni….dan aku ngan hubby boleh sesat dalam sawah tu tau…habis kampung orang kami redah..tapi apa2 pun memang best sesangatttt.

Category: vacation  One Comment
Bercuti di Blue Lagoon Port Dickson

Isnin lepas kami pi bercuti kat Blue Lagoon PD.Actually my brother in law ada datang KL,saja datang jalan-jalan sempena cuti yang agak panjang ni kan.Dah tak tahu nak pimana so,kami pun pi lah mandi-mandi pantai petang isnin tu.Masa nak pi,punyalah jem…dan memang ramailah yang turun PD sempena cuti ni.Tempat fav kitaorang kalau turun PD ni mestilah Blue Lagoon (Tanjung Biru).Memang bestlah air dia hari tu,kena lak air pasang so,nak mandi pun memang seronok sangat.Lihatlah pemandangan kawasan ni,cantikkkk sangat…

Hubby ngan anak menakan dia,ini sebelum turun laut.
Ini lak masa depa dok berendam dalam laut…Aku lepas ambik je gambar,apa lagikk jadi dugong la….hiksss
Kami pi balik hari je,lagipun dari umah cuma 40km je,lagi dekat dari kami turun KL.Apa-apa pun…memang enjoy lahhh.

Category: vacation  2 Comments
Just came back from Kampung

Pertama skali,aku nak ucapkan many thanks to all my readers yang tak henti-henti bagi komen dan kata semangat for me and hubby.Tak dinafikan amat susah pada aku untuk lupakan kejadian yang dah jadi.Tapi life must go on,perit macam mana pun kita tetap kena teruskan hidup dan jangan patah semangat.Me and hubby menganggap ini satu ujianNya dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.Sepanjang kat kampung ni,aku dapat banyak kata semangat especially dari family dan yang paling-paling adalah dari my mom sendiri.Aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah SWT masih panjangkan umo kami berdua untuk kami lebih matang dalam meneruskan kehidupan ini.Ada ketenangan dalam jiwa ni selepas balik dari Kampung.Ermmm…balik kampung bukan dok je tau,ada la jugak aku pi jalan-jalan especially gi belah Pulau yang dah hampir setahun tak sampai.Sempat gak lah borong DVD kat area Batu Feringghi tu.Lepas tu gi ambik angin kat Gurney Drive.3 hari je kat kampung memang rasa tak puas tapi aku gembira balik kali ni sebab ntahlahhh,tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.Walaupun masih Trauma dengan kejadian yang baru menimpa tapi tetap ada rasa kegembiraan dalam hati ni lepas pulang ke kampung kali ni.

Category: vacation  5 Comments
Bye,nak balik dah

Ermm,jalan-jalan kat Melaka tak sampi pun setengah hari.Banyak gaklah tempat yang aku tak bawa hubby pergi lagi.Contoh macam Night Zoo,A’Famosa Resort,Mini Museum dan banyak lagi la jugak.Its okay papa,nanti kita pi jalan-jalan lagi yer.
Tengoklah muka orang yang tak puas jalan,huhu

Masa on the way balik,my BIL ajak kami pi makan kat Nasi Kandar Subaidah kat area MITC.Cantik gak yer tempat tu.Pas makan baru bertolak balik.Masa OTW balik,hubby perasan lampu kat pokok ni,cantik katanya dan dia suh aku letak gambar ni kat dalam blog.Aku pun tak tahu apa motifnyer,papa nyer pasal ma letak je lah.

Ermm…kalau korang tengok yang real memang cantik.InsyaAllah ada peluang nak datang lagi jalan-jalan kat Melaka ni.

Category: vacation  8 Comments
Perigi Hang Tuah

Okay,ni nak sambung balik citer pasal jalan-jalan kat Melaka.Lepas je balik dari kota A’Famosa,kami terus pergi ke Perigi Hang tuah.Tujuan asal untuk beli belacan.Aku suka sungguh belacan melaka ni,sedap tau especially kalau buat sambal belacan.
Ha,ni rupanyer perigi Hang Tuah(Special pada sesapa yang tak pernah tengoklah)


Ada satu masa dulu dimana Melaka tak hujan langsung dan ada masalah air kat Melaka ni kan,ramai penduduk datang ambik air kat perigi ni tapi dengan kuasa Allah,air ni langsung tak kering.Perigi Hang tuah ni dibuat oleh Hang Tuah sendiri masa dia dalam perjalanan ke Gunung Ledang.I’m not sure sangatlah tapi ni apa yang di katakan oleh orang.My hubby sedang mencuba kebolehannya untuk ambik air dari dalam perigi ni.Tak semua orang boleh tau nak cedok air dari perigi.Aku sendiri tak berapa pandai.

Pastuh dia cuci muka dia,katanya mana tahu kot-kot pasnih leh putih macam laksmana Cheng Ho.

Apa-apa ajelah papa,putih ke hitam ke,mama tetap sayang tau.I love the way you are.Cewah,dari sejarah leh feeling lak yer.

Category: vacation  6 Comments
Kota A’Famosa Melaka

Huhu…Dari Penang,singgah jap Sepang pastuh terus ke Melaka.Fuhh,jalan sungguh aku raya kali ni.Aku dah banyak kali dah datang A’Famosa but hubby blom lagi.Di Melaka,kitaorang cuma pergi 3 tempat ni jer,
1.Kota A’Famosa
2.Dataran Pahlawan
3.Perigi Hang Tuah

Lain-lain,tak sompat sebab masa teramatlah singkat.Lagi pulak esok harinya tu kan aku dah keje.Ha,inilah Kota A’famosa.Aku rasa korang pun tahu lah tempat ni.

Masa ni tak ramai sangat lah orang,biasa-biasa je.Minah Salleh ni tengah tangkap gambar ngan Iguana.Satu gambar RM3,aku buat derk je,aku tangkap gak pastuh blah.

Amboi,bukan main lagi hubby aku berpossing

This is my BIL

This is me,takut aku tengok diri aku sendiri,makin kembang

Lepas tu kami ke Dataran Pahlawan.


Banyak lah barang-barang yang dijual tapi my BIL cakap mahal kat sini,kalau nak beli macam belacan ke,kopok ke pergi kat perigi Hang Tuah.situ harga agak murah,so apa lagi pastuh kami pun geraklah ke perigi Hang Tuah.

Category: vacation  6 Comments
Pekan cowboy

Jangan terkejut yer kat Malaysia ni pun ada pekan cowboy.Macam ni,pekan Sungai Dua atau lebih dikenali dengan Pekan Cowboy oleh penduduk kat sini.Nak tahu nape?sebab memang macam ngan pekan cowboy yang macam dalam citer-citer cowboy tu.Tapi tak derlah kuda bagai.Suasana tu jer yang nyebabkan ianya dipanggil sebagai Pekan Cowboy.
Tapi sekarang dah tak macam dulu lagi.Semua kedai dah dirobohkan.Kerajaan nak besarkan jalan dan banyak dah pembangunan kat Sungai Dua ni.Terkejut gaklah masa balik hari tu tengok semua kedai dah dirobohkan.Pekan tu memang lah sibuk sesangat especially pagi ngan petang.Kalau korang dengar Era kan,adalah depa bagi tau kesesakkan berlaku di jalan Sungai Dua.Ha…tu lah area umah aku.Dapat snap satu gambar je sebab susah nak snap gambar kat situ.

Ni pun sebab dalam keter tengah tunggu trafic light hijau kat simpang dari Taman Desa Murni atau pun lebih dikenali sebagai Mee Udang galah kat titi timbul tu.Jangan Marah yer sebab tempat tu dah pernah masuk rancangan Jalan-jalan cari makan.Tak sangka yer famous gak yer kampung saya ni yer.

Category: vacation  7 Comments
Pemandangan yang dirindui

Inilah keadaan diwaktu pagi kat Jalan Pantai Bersih.Masa ni me and hubby tengah tunggu kaki tulang sampai yang sepatutnya kami ambik kat Market Bagan tu.Sebab lambat sangat tuan kedai tu nak mai,we lepak lah kat sini.Nyamannyerrr dan kalau nak tahu nilah yang pertama kat Malaysia yang R&R nyer tepi pantai.We just lepak kat tepi jalan tu jer pas tol sebab aku nak tengok Pulau dari situ.
Cantik kan dan bukit yang korang nampak tu adalah Bukit Bendera.


Depan kitaorang tu pulak adalah Kubur…

Tak perasan tau ada kubur.Hihi,sib baik siang.

Category: vacation  2 Comments
Dalam perjalanan balik kampung

Bertolak dari rumah pukul 10 malam.Jalan clear je tak banyak keter.Mungkin semua dah balik awal-awal lagi kot kan.Yerlah aku masa tu balik dah 29hb.Cuba tengok highway ke utara ni,lenggang je.


Tapi masa kat hentian Tapah,punyalah banyak orang,nak berhenti pun tak der parking.At last just isi minyak je tu pun kena beratur panjang.

Tak banyak sangat snap gambar sebab biasalah malam kan,layan tido lagi bagus.Tapi tak tido sangat,layan hubby sembang sebab kalau tak nanti dia ngantuk.

Category: vacation  3 Comments
5 visitors online now
5 guests, 0 members
Max visitors today: 5 at 12:42 pm MYT
This month: 8 at 03-04-2010 05:04 pm MYT
This year: 43 at 02-06-2010 09:06 am MYT
All time: 44 at 12-29-2009 03:36 pm MYT