Tanggal 16/11/1978, aku dilahirkan dengan susahnyer (ni citer mak aku lah). Dia kata, aku lah anak dia yang paling susah nak keluar. Udah lah aku lah anak dia yang paling besar,bayangkan 4 kg berat aku masa aku diberanakkan tu.Arwah bapa aku sampai menangis lah tengok mak aku susah nak bersalin.
Aku dilahirkan tepat jam 12 tengah hari,patutlah gelap je kan dan ketegaq sket.Aku dibesarkan dan disekolahkan dengan serba sederhana dan penuh kasih sayang. Especially arwah bapa,dia tak pernah pukul aku…tapi makkk…uishhh,garang tul.Apa-apa pun,aku sayang mak aku sebab dia mak aku lah…sapa tak sayang mak oi…tak dak ganti nyer. Laki hilang leh cari ganti…kalau mak dah tak ada…mana nak carik lagi???
Lepas sekolah, aku berjaya lanjutkan pelajaran ke UITM Shah Alam dan akhirnya aku berjaya habiskan pelajaran. Lepas tu aku bekerja, dan sampailah sekarang, Alhamdulillah….dah ada keje yang betul2 aku suka dan Alhamdulillah sekali lagi sebab aku dah pun berkahwin dengan lelaki yang amat aku sayangi…iaitu suami ku sekarang.
Sepanjang perjalanan hidupku selama 31 tahun ni,banyak betul ranjau yang harus aku tempuhi. Ada pahit dan sudah tentulah ada manisnyer. Aku bersyukur kerana aku dikurniakan kegembiraan yang tak ternilai oleh Allah SWT. Cuma satu je harapan aku di hari lahir ku ini, aku mohon kepadaNya moga aku dikurniakan zuriat yang soleh dan comel2…hihiii. Aku mohon moga aku dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki dan aku juga mohon aku dapat menjadi seorang isteri anak yang solehah.





selamat hari jadi…. semoga murah rezeki and sihat selalu
Like or Dislike:
0
0
selamat ulang thn kak su!!! semuga pjg umo..murah rezeki..bahgia selalu…dan juga ‘rezeki anak’..mudah2an..amin…
Like or Dislike:
0
0
thanks asz….
Like or Dislike:
0
0
Selamat Hari Tua (belated).. sorry lama tak bukak blog ni, ngan blog sendiri lama tak update…
Semoga panjang umur, murah rezeki dan ceria sentiasa.. love, Sall.
.
Like or Dislike:
0
0