[ close ]
Help Upgrade the Web: Download Firefox 3.5
Sifat Sombong Atau Takabbur

“Allah Ta’ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi.”

Sifat sombong atau takabbur ni tak dinafikan akan ada dalam diri setiap manusia. Toksah bohonglah kalau korang kata korang tak ada sifat ni. Cuma yang membezakannya mungkin besar atau tak rasa sombong kita ni terhadapa sesuatu perkara.

Aku bagi contoh yek..

Contoh 1

Adalah hamba Allah yang memang sembahyang tak tinggal ni berkata, “ermm cubalah tengok dia tu, sikit2 susah, sikit2 tak der duit,sikit2 nak minta kat orang.Macam mana tak jadi macam tu, Sembahyang tak mau. Kita ni kalau tinggal solat, ermmm hidup memang susah.”

Memang betul, bila lagi dekat diri kita dengan Allah maka lagi tenang hati kita ni. Solat memang wajib pada semua umat Islam. Tapi yang aku tak setujunya bila orang yang tak pernah tinggal sembahyang ni seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan orang yang susah. Dia tahu ke orang tu solat ke tak. Tak semestinya orang yang tak tinggal solat tak boleh susah.Ujian Allah ni datang pada semua orang.Tak kira lah kau solat ke kau tak solat ke,cuma bila kita sentiasa ingat Dia, walau susah macam mana pun hati kita tetap tenang. Kita solat ni kerana Allah,bukan kerana kita nak hidup senang. Jadi bila kita mengungkapkan kata kata seperti dalam contoh diatas, kita ni dah ada sifat takabbur dalam diri kita. Ibadat yang kita buat biarlah hanya Allah yang tahu,tak yah nak dijaja kat semua orang.Tu dah takabbur tuh…

Contoh 2

Adalah hamba Allah ni yang memang bersifat sederhana telah mengajak saudaranya untuk sama-sama mengerjakan solat.Saudaranya ni berkata “ermm tak perlah,pi lah dulu”. Hamba Allah ni masih terus mengajak untuk solat sama-sama dengan cara yang betul2 lembut. Tetapi saudaranya ni dengan sombong berkata”pergi jelah, awat yang sibuk sangat hal aku??”.

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan.” (Surah Al-Mu’min: 60).

Actually macam-macam orang sombong ni, macam dia lagi kaya lah…dia lagi berjawatan tinggi, dia lagi cantik dan banyak lagi.

Tak payahlah kita nak takabbur sebab kita ni insan yang amat kecil dan lemah. Hebat mana pun kita, kehebatan tu tak dibawa kemana2.Last2 semua akan mati jugak.

Ingatlah akan kata-kata ni….

“Barang siapa bertawaddhu’ kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah.”




Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Google Bookmarks
  • Facebook
Category: My views
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
3 Responses
  1. yatie says:

    thx for sharing… tul;ah kekadang kite lupakan….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  2. Hotmama says:

    betul tu yat…kita manusia ni suka lupa.kita lupa yang Dia lagi Maha Berkuasa keatas segala-galanya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

  3. yuzz9071 says:

    semoga kita saling ingat mengingati…..thanks for sharing ;)

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <img src="" alt="" class="">

Spam Protection by WP-SpamFree

http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://hotkanc.com/blog/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif 
 
2 visitors online now
2 guests, 0 members
Max visitors today: 5 at 12:42 pm MYT
This month: 8 at 03-04-2010 05:04 pm MYT
This year: 43 at 02-06-2010 09:06 am MYT
All time: 44 at 12-29-2009 03:36 pm MYT