[ close ]
Help Upgrade the Web: Download Firefox 3.5

Archive for » 2008 «

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah

tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali      
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha      
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.                                     
Jika boleh niatkan sebegini:                                              
                                                                           
 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku             
 2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh   
 dan mencintai islam                                                       
 3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik   
 dan berjaya didunia dan akhirat.                                          
 4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku       
 dapat ini                                                                 
 5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq     
 dan miskin                                                                
 6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang       
 beriman kesihatan zahir batin                                             
 7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan       
 redhaikanlah aku.....                                                     
                                                                           
 AMINnnnn.                                                                 
                                                                           
 Sampaikan dakwah ini kepada Keluarga dan sahabat anda seramai yang boleh,      
 tiada kerugian bahkan digalakkan. Ikhlaskanlah hatimu menyampaikan        
 dakwah ini kerana Allah.                                                  
 Dunia adalah pentas, akhirat tempatnya yang sebenar...                    

What a stupid driver!!!

Angin betul aku pagi tadi kat sorang driver ni.Ada ke dia hon aku sebab aku nak bagi laluan kat lori ni nak kluar.Adalah lori ni dok bagi signal nak potong lagi satu lori yang slow kat depan dia.Aku pun bagilah chance kat dia untuk kluar sebab lori yang nak kluar ni lori kecik je.Kereta mangkuk ayun mana ntah kat blakang aku,dahla bawa rapat nak mampos ngan keter aku pastuh boleh pulak hon aku.Eiiii,automatic lori tu tak jadi kluar dan dia bagi aku lalu dulu.Apa lagi,automatic aku slowkan keter aku.Lantaklah kan,dia ingat aku ni lady driver,leh je dia nak wat sesuka hati.Plat dia,WMY 7246,keter Wira color biru. Setakat pakai Wira pekak tu,takyahlah nak berlagak yer cik abang.Masa dia potong aku,dia jeling je kat aku…apa lagi aku jeling dia balik.Memang angin giler aku kat driver tu.Kalau dah rasa lambat nak gi keje,lain kali bangun awal supaya kau tak nyusahkan orang lain kat jalan raya.

Category: my story  3 Comments
Salam Maal Hijrah 1430H

Rasa-rasanya tak terlambat lagikan aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1430H buat semua pembaca WarungHotmama kat sini.Sama-samalah kita berazam untuk memajukan diri masing-masing,samada di dunia mahupun Akhirat.Dua-dua kena imbang,sebab kalau tak mesti tak sempurna hidup ni kan.Actually aku bukan setakat nak ingatkan orang lain saje,tapi aku nak ingatkan diri aku sendiri jugak.Yerlah kekadang keseronokkan, harta benda dan banyak lagi buatkan kita selalu lupa untuk bersyukur padaNya.Jadi disini,marilah kita sama-sama bersyukur atas setiap apa yang diberikan mahupun gembira ataupun duka kerana duka sekarang tak semestinya akan duka sentiasa,InsyaAllah akan ada sinar baru yang akan muncul satu hari nanti.

Spider & Bila nak saksi

I like this song very much and more or less its describe what I feel right now.Apa-apa pun layan jer lah yer….

Category: Music & Film  2 Comments
Penipuan Perbankkan Internet

Salam semua…
Lama jugak yer aku tak jengok blog aku ni.Apatah lagi blog kengkawan yang lain.Okaylah kat sini aku nak share satu info yang amat penting dan semua orang kena tahu.Kebelakangan ni,banyak penipuan dah berlaku terutamanya penipuan kat Internet ni.Salah sorang pekerja kat MAB pun dah kena tipu dan habis duit gaji dia lesap,sian tau.Aku pun baru-baru ni dapat email dari CIMB dimana bank ni suruh aku verify aku nyer TAC.Okay,kat sini aku ada attach email yang aku dapat.Kepada sesapa yang dapat email macam ni,please ignorekan saja dan lagipun email ni diklasifikasikan sebagai Spam kat aku nyer email.Okay,korang baca eak…

Dear CIMB Bank customer,

We are hereby notifying you that we’ve recently suffered a DDos-Attack on one of our’s Internet Banking server. For security reasons you must complete the next steps to verify the integrity of your CIMBClicks account. If you fail to complete the verification in the next 24 hours your account will be suspended.

Here’s how to get started:

1. Log in to CIMBClicks online account (click here).

2. You must request for TAC online via CIMBClicks – your TAC will be sent via SMS to the mobile phone number you registered at the ATM.
( you can find the “request TAC” button in the left menu of your account )

3. Logout from your account and close the browser.

4. When you have received the TAC (Transaction Authorization Code) on your mobile phone, Log in to our secured verification server and submit the requested information(Account user ID, password and TAC).CLICK HERE to go on our secured server.

5. Please allow 48 hours for processing.

Jadi pada semua,Please be carefull yer.

Category: General Info  2 Comments
Borong DVD dekat Batu Feringghi

Masa balik kampung hari tu,sempatlah jugak aku pi pasar malam Batu Feringghi. Mulanya nak pi pesta tapi biasalah mesti jem teruk punyalah.Malam tu malam minggu satu hal,pastuh lak jambatan Pulau Pinang kan tengah construction sekarang dari dua lane nak jadi tiga lane.Jadi me,hubby and anak buah hubby pi Batu Feringghi dalam pukul 10 malam.Nasib baik tak tutup lagi walaupun ada sesetengah yang dah tutup.Plan aku cuma nak gi cari DVD je.Nasib baik tak tutup lagi kedai-kedai DVD ni.Apa lagi,aku pun belilah 6 DVD dengan harga cuma RM20 dan gambar dia memang clear giler.Aku sungguh-sungguh puas hati.Nak tahu citer apa aku beli?okay ni ha senarai DVD yang aku beli:-
1.Lord Of the Ring 1,2,3.(Puas Hati aku dapat beli balik).

2.John Hancock

3.Iron Man

4.Get Smart (ni memang citer lawak).

Jadi total semuanya adalah 6 keping kan sebab lord Of The Ring dah 3 keping tu.Kalau kat KL,jangan harap lah…paling murah satu CD leh dapat RM6.Tu pun susah yang amat nak dapat.Ingat nak beli lagi tapi banyak citer yang dah tengok so ambik 6 ni pun tak tahu bila nak khatam semuanya.Lepas je borong DVD,pergi lak lepak kat Gurney Drive.Memang best lepak situ malam-malam dan especially malam minggu.Lepas gak hajat aku kali ni balik Penang untuk pi round Pulau.

Category: Shopping  6 Comments
My New Home

Petang tadi,me and hubby pergi merayau-rayau area Sepang ngan Nilai untuk cari rumah baru kami.Penat jugaklah nak dapat rumah yang betul-betul sesuai.Bila ada yang berkenan je mesti dah ada yang duduk.Akhirnya dapatlah jugak rumah yang agak aku suka.Sebuah apartment dan sentiasa dikawal ketat oleh pegawai keselamatan.Aku pun puas hati dengan keadaan rumah dari segi keselamtan dan juga dari segi keselesaan untuk kami duduk.Ermmm..kalau harga tu lagi mahal lah dari rumah yang kami dok sekarang tapi nak wat camner kan janji selamat sket dari rumah sekarang.Kalau nak kata bahaya ni,kat mana-mana pun ada tapi sebagai manusia,kita kenalah berusaha untuk hindarkan diri dari benda-benda camni kan.Nak wat apa menyerah diri,betoi dak?Kira-kira penghujung tahun 2009 ni banyak memberi kesan pada kehidupan aku serba sedikit.Namun aku Redha dan Pasrah sebab aku tetap berpegang pada satu prinsip je iaitu “Tiap-tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya”.

Category: Announcement  5 Comments
Just came back from Kampung

Pertama skali,aku nak ucapkan many thanks to all my readers yang tak henti-henti bagi komen dan kata semangat for me and hubby.Tak dinafikan amat susah pada aku untuk lupakan kejadian yang dah jadi.Tapi life must go on,perit macam mana pun kita tetap kena teruskan hidup dan jangan patah semangat.Me and hubby menganggap ini satu ujianNya dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini.Sepanjang kat kampung ni,aku dapat banyak kata semangat especially dari family dan yang paling-paling adalah dari my mom sendiri.Aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah SWT masih panjangkan umo kami berdua untuk kami lebih matang dalam meneruskan kehidupan ini.Ada ketenangan dalam jiwa ni selepas balik dari Kampung.Ermmm…balik kampung bukan dok je tau,ada la jugak aku pi jalan-jalan especially gi belah Pulau yang dah hampir setahun tak sampai.Sempat gak lah borong DVD kat area Batu Feringghi tu.Lepas tu gi ambik angin kat Gurney Drive.3 hari je kat kampung memang rasa tak puas tapi aku gembira balik kali ni sebab ntahlahhh,tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.Walaupun masih Trauma dengan kejadian yang baru menimpa tapi tetap ada rasa kegembiraan dalam hati ni lepas pulang ke kampung kali ni.

Category: vacation  5 Comments
HOTMAMA KENA SAMUN!!!

Pagi tadi jam lebih kurang 5.15am,aku ngan husband dikejutkan dengan 3 orang lelaki Indonesia yang bersenjatakan parang.Aku ingatkan aku cuma bermimpi,tapi rupa-rupanya kejadian ni betul-betul terjadi.Tak dapat aku bayangkan perasaan aku waktu tu,me and hubby masa tu diantara hidup dan mati je.Kaki dan tangan hubby kena ikat,dan aku tak diikat,aku dibiarkan lepas.Apa yang mampu aku buat masa tu,hanyalah memeluk husband dan tak tekup muka aku kat husband aku.Apa yang aku boleh buat masa tu,hanyalah mengucap dua Kalimah syahadah dan aku mintak ampun dan maaf dari hubby.Jika ditakdirkan nyawa aku sampai situ saja,aku redha dan sekurang-kurangnya aku pergi bersama suami tersayang.Alhamdulillah,mereka tak apa-apa kan kami cuma mereka paksa kami bagi barang dan duit.Semua barang kemas aku kena kebas.Paling aku sedih bila rantai hadiah birthday dari hubby dan cincin perkahwinan aku di ambil mereka. Handphone aku dan hubby pun kena kebas jadi sekarang ni kalau sesapa nak hubungi aku,especially my friends boleh call opis yer atau antar email kat aku.

Lepas je diaorang berambus dari umah kitaorang, aku ngan husband gi kejutkan jiran sebelah suruh tengokkan umah kejap sebab kami nak ke balai untuk buat report. Rupa-rupanya,ni bukan kes pertama untuk minggu ni tetapi dah tiga kes yang sama berlaku untuk minggu ni.Petang ni,lepas Asar aku nak balik Penang ngan hubby untuk berehat sekejap sebab kami masih lagi trauma dengan kejadian ni.Dalam masa yang sama juga,aku nak cari rumah lain sebab dah tak selamat tinggal kat situ.Lepas balik dari Penang,kami akan mencari rumah dan pindah secepat mungkin.

Disini aku nak share sedikit tips ngan korang.Tips ni diberi oleh Pegawai Polis yang menyiasat kes ni tadi.Dia cakap,semua pintu rumah lebih elok jika kita pasang selak.Korang tahukan selak tu apa.Dan yang paling penting,pasang selak kat dalam bilik tidur utama.Pasanglah sebanyak mungkin selaknya,sepuluh pun tak kisah.Biar kita susah nak buka,tetapi ianya memberikan masa untuk kita bertindak telefon polis jika kejadian ini berlaku.Bila dah pasang selak sampai 10,confirm depa hentak ngan tong gas pun susah nak terbuka kan.Jadi,masa nilah kita bertindak menelefon.Tips kedua,letak semua barang yang penting terutamanya handphone dalam bilik tidur sebab bila jadi macam ni,kita boleh cepat-cepat telefon.Macam aku memang tepon kat sebelah,tapi kalau dah kena hulur ngan parang apa leh buat?cuma kita boleh guna bila pintu bilik yang dipasang selak sampai 10 susah nak buka.Akhir sekali,Polis tu cakap kita patut simpan no telefon bilik gerakkan sebab kalau benda macam ni jadi,kita leh call depa direct.

Kejadian pagi tadi betul-betul buat aku trauma.Aku masih terbayangkan kejadian pagi tadi.Kat opis ni pun sebab nak isi borang cuti dan telefon orang-orang tertentu untuk inform hal ni.Kejadian ni betul-betul menguji keimanan aku.Husband ada cakap,biar apa yang berlaku kita kena ingat bahawa Allah masih sayangkan kita sebab tu dia uji kita macam ni.Ini semua untuk kami ingatkan Dia.Kadang-kadang kita memang ingat,tapi kita lupa untuk buat apa yang disuruhNya.Kita alpa dengan keseronokkan dunia dan bila seronok sangat susah kita nak buat apa yang Dia suruh.

Category: my story  14 Comments
Looking for Nokia 6610

Dear Hotmama Readers;
Kalau ada sesapa yang nak jual used Nokia 6610, Please let me know.Me urgently need this model.Kalau sesapa tak tahu nokia 6610 tu macam mana,okay bleh lihat gambar kat bawah.My budget for this phone is RM 150.00.Tolong yer sesapa yang ada, I really -really need it.Mesti korang kata aku gelong kan,lantaklah apa-apa pun,aku nak sangggaaattttttt handphone ni.Tolong yer hebohkan pada sesapa yang korang kenal eak.Thank you……

Category: Announcement  3 Comments
5 visitors online now
5 guests, 0 members
Max visitors today: 5 at 12:42 pm MYT
This month: 8 at 03-04-2010 05:04 pm MYT
This year: 43 at 02-06-2010 09:06 am MYT
All time: 44 at 12-29-2009 03:36 pm MYT