Archive for » 2010 «
Actually dah lama dah aku nak tulis pasal ni. Ermm..macam ni, ada sekali tu aku gi keje naik bas, dan banyak kali ler aku gi keje naik bas. Sekali tu aku naik bas tu memang penuh giler dan aku terpaksa berdiri.
Bukan itu yang aku nak citer sekarang ni tapi aku nak citer betapa tak perihatinnya lelaki2 zaman sekarang akan tanggungjawab moral dia pada masyarakat. Antara yang kena berdiri tu adalah seorang perempuan mengandung dan yang duduk dekat dengan dia ni adalah lelaki. Adalah dalam 3 tempat duduk kat depan pompuan mengandung ni adalah lelaki.
Aku memang marah sangat bila lelaki2 ni ibarat macam dah tak dak @$@$@# ke? Sepatutnyer lelaki membantu kaum wanita terutamanya wanita mengandung. Akhirnya adalah seorang perempuan muda ni bangun dan berikan tempat duduk kat wanita mengandung ni tadi.
Jadi kepada lelaki di luar sana, tolonglah jadi lelaki sejati dan bukan lelaki !#$#@$@.
Saje je nak share ngan korang cerita ni (baru dapat email tadi ni)…..Renung2kan lah yer….
Teringat pasal satu story,
seorang lelaki balik rumah…dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak
surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah
kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak. lelaki itu melaung nama isterinya… .sepi tiada jawapan, masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh! periuk tidak bercuci ,mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak, masuk ke bilik air, baju masih belum berbasuh
apatah lagi berendam. lelaki itu cemas mencari isterinya, dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku
“awak sakit ke?”..tanya lelaki itu, “tak ! lah”, jawab isterinya ringkas
“kenapa teruk sangat rumah kita hari ni”, tanya si suami lagi sambil
meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam
balas isterinya “wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg
mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa
kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ….NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI”
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh”
Best baca sampai abis!!!. It’s true.
To share..Dari Ilham seorang lelaki…
“Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau
mengilai seperti pontianak . Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus
melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…” Ibu, ibu… engkau lah ratu hari ku…..”Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak.
HAPPINESS!!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she’s around, for sure 24
hours tak habis-habis berleter…. pottttt peeettt pooott peettttt,boleh
pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya
, tingkap pun boleh tercabut…And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat tipon ngan “dear” sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!
But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam “haunted village”. Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah,penyegar suasana. Tanpa leteran itu, semuanya seperti MATI…
Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik
kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari
mak yang suka cubit dan memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih
bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia
menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti,layu
selayu-layunya.
Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in ourlife!!
Kau Isteri Ku….
Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang … Ibu sekarang
tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the
reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan
telinga setiap kali ibu memberi “ceramah percuma”. Mungkin anak-anak tak
terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah ( for instance if she’s gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai
kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies,
clubbing, or most to most lepak kat happening places..paling tidak layan
PS2.
As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak
peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening.
Pantang kalau isteri ada kat rumah and i’m off duty, sure at times boleh
membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah
tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat
depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek
kata,FreeeDoMmmmm lah!!
But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”, aku
pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once
shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one
to criticise. Everything will be smooth… Tapi, masuk hari ketiga, i felt
something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau
‘assshheemmmm’ , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah
abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak
boil…. Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai
yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga
yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.
Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer
best pun jadik tak best.
Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik
rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah
makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk
dipakai. Toilet dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak dimop…Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling
blindly… bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun….belum seminggu isteri takde kat rumah, aku dah terasa separuh pengsan.
Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri….
So guys out there… jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat
kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. A! pa ingat
dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren
kita, sweetheart kita… Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa
nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi… penat tau!! Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita…tak rela!!!
So to all mums and wives out there… life will be meaningless without you
mothers)….. uuwaaaaaaaa! !
sayangi la kaum perempuan krn tanpa mereka anda kehilangan sesuatu,hargai
mereka sementara mereka masih ada!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!
SORRY!!!!….
Itulah kata2 pertama ku untuk memulakan bicara kali ni. Dah lama weii aku tak update blog ni.Bayar mahal2 kat exabytes tapi hempeh tak update.Camner eak nak wat aku jadi active balik macam zaman dulu-dulu?
Salah satu sebabnyer adalah aku memang busy yang teramat,tapi alasan itu adalah tidak kukuh sama sekali sebab boleh pulak aku menyempatkan diri kat FB.Jadi punca utamanya adalah MALAS dan keduanya adalah ketandusan idea.
Jadi maafkanlah diri ku sebab tak menjadi seorang blogger yang diharapkan oleh pembacanya(ada ker pembaca setia blog aku ni????). I will try my best to improve my performance as a blogger in the future yer…Byeeee
First time aku dengar lagu ni kan…aku tak sangka langsung yang nyanyi ni Yuna. Ingatkan lagu Inggeris dari luar.Memang world class lah lagu2 Yuna ni dan memang patutlah dia menang AJL tu hari walaupun takat no.2.Its okay,tu baru permulaan langkah dia sebagai artis kan.
Jom layan lagu ni…..
“Allah Ta’ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi): Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi.”
Sifat sombong atau takabbur ni tak dinafikan akan ada dalam diri setiap manusia. Toksah bohonglah kalau korang kata korang tak ada sifat ni. Cuma yang membezakannya mungkin besar atau tak rasa sombong kita ni terhadapa sesuatu perkara.
Aku bagi contoh yek..
Contoh 1
Adalah hamba Allah yang memang sembahyang tak tinggal ni berkata, “ermm cubalah tengok dia tu, sikit2 susah, sikit2 tak der duit,sikit2 nak minta kat orang.Macam mana tak jadi macam tu, Sembahyang tak mau. Kita ni kalau tinggal solat, ermmm hidup memang susah.”
Memang betul, bila lagi dekat diri kita dengan Allah maka lagi tenang hati kita ni. Solat memang wajib pada semua umat Islam. Tapi yang aku tak setujunya bila orang yang tak pernah tinggal sembahyang ni seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan orang yang susah. Dia tahu ke orang tu solat ke tak. Tak semestinya orang yang tak tinggal solat tak boleh susah.Ujian Allah ni datang pada semua orang.Tak kira lah kau solat ke kau tak solat ke,cuma bila kita sentiasa ingat Dia, walau susah macam mana pun hati kita tetap tenang. Kita solat ni kerana Allah,bukan kerana kita nak hidup senang. Jadi bila kita mengungkapkan kata kata seperti dalam contoh diatas, kita ni dah ada sifat takabbur dalam diri kita. Ibadat yang kita buat biarlah hanya Allah yang tahu,tak yah nak dijaja kat semua orang.Tu dah takabbur tuh…
Contoh 2
Adalah hamba Allah ni yang memang bersifat sederhana telah mengajak saudaranya untuk sama-sama mengerjakan solat.Saudaranya ni berkata “ermm tak perlah,pi lah dulu”. Hamba Allah ni masih terus mengajak untuk solat sama-sama dengan cara yang betul2 lembut. Tetapi saudaranya ni dengan sombong berkata”pergi jelah, awat yang sibuk sangat hal aku??”.
“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan.” (Surah Al-Mu’min: 60).
Actually macam-macam orang sombong ni, macam dia lagi kaya lah…dia lagi berjawatan tinggi, dia lagi cantik dan banyak lagi.
Tak payahlah kita nak takabbur sebab kita ni insan yang amat kecil dan lemah. Hebat mana pun kita, kehebatan tu tak dibawa kemana2.Last2 semua akan mati jugak.
Ingatlah akan kata-kata ni….
“Barang siapa bertawaddhu’ kerana Allah, maka akan diangkat darjatnya oleh Allah, barang siapa yang sombong, maka akan dijatuhkan darjatnya oleh Allah, barang siapa bersikap bersederhana (tidak boros dan tidak pula kikir), maka akan dijadikan kaya oleh Allah, barang siapa membazir, maka akan dijadikan miskin oleh Allah dan barang siapa memperbanyak ingatan kepada Allah, maka dicintai oleh Allah.”
Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja di tahun yang baru iaitu 2010. Semalam dah macam-macam azam aku untuk tahun baru ni.Antaranya adalah nak datang awal,tak nak datang lambat tapi apa jadi???lambat juga akhirnya sebab pagi tadi hujan lebat dan memang syok tido dan disebabkan itu aku pun terlambat bangun.
Nasib baik hubby tak berniaga hari ni, jadi aku pun tak kasi chance dia untuk tido. Aku paksa dia hantar aku sebab kalau aku yang drive,sure lagi bertambah2 lambat sebab nak cari parking kat KLIA ni ambk masa kat 5 minute dan lepas tu nak jalan dari parking masuk opis dekat ngan 10 minit. Maknanya jumlah masa yang aku ambik untuk masuk opis dari parking dekat ngan 15 minute.
Dan disebabkan dengan kelambatan itu, AKU LUPA BAWA HANDPHONE!!!!!!!
….jadi nak hupdate blog pun enggak bisa. Maka dengan itu aku pun buatlah karangan yang ayatnyer adalah tungging langgang ini.Oleh itu aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua.HAPPY NEW YEAR 2010.





Recent Comments